Isnin, 26 Disember 2011

Imbas kembali

Oke, sebetulnya ni cerita lama tapi saje nak hapdet kat sini. Hihi . Tak silap aku cerita ni dah lama, since aku tingkatan dua, kalau tak silap aku la. Cerita nya bermula begini. Abang aku ( Farizi ) nak masak maggi then aku cakap aku nak jugak sikit .

Yaa : Jie, nanti nak sikit .
Abang jie : Tak payahh . ( Muka kusyuk tengah memasak )

Oke fine, aku pegi luar tak masuk dapur dahh. Tiba - tiba aku ade terpikirkan satu idea jahat. Ngeh ngeh =) So, bila aku nampak abang jie kuar daripada dapur, so aku cepat - cepat masuk dapur . Tak silap aku, dalam 5 sudu besar garam aku masukkan dalam maggi dia. Ahaha . Bapak jahat kann aku? Then aku keluar dengan muka selamba. So, tak sampai 5 minit aku nampak abang jie dengan mangkuk maggi yang berasap keluar lalu duduk dengan sopan depan tv, Dengan penuh tak sabar, abang jie menyuapkan maggi nya ke dalam mulut. Then guess what i see ? Muka dia berkerut ! So aku tanya lah kenape jie ? ( Dalam haty dah tergelak sakan ) .

Yaa : Kenape jie ? Tak sedap eh ?
Abang jie : Ayam nie ayam lama kott .

Ahahaha, see aku memang nak tergelak masa tu but aku tahan je dalam hati. Mampus aku kalau aku tergelak, nanti dia perasan aku buad jahat kat maggi dia. Masa tu, dia bagi aku rasa tau dia punya maggi. So aku rase lahh. Bapak, macam ni rupa nya rasa maggi lama ! Ahahaha .Aku rasa dia dah tak ingat kot kisah ni sebab memang dah lama gila. Semalam tiba - tiba aku ingat balik then tergelak sorang - sorang. Please forgive your sister, brother. Masa tu budak lagi, tahu nak buat jahat je.
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Selasa, 8 November 2011

Posting Adalah Sesuatu Yang Menarik

As - salam . Ohh sudah lama rasanya aku menyepi . Berhabuk sudah blog saya :)

Btw , sesi posting saya sudah pun tamat pada 5hb lalu dan kini saya sedang bersedih kerana sekali lagi terpaksa lah aku berjauhan dengan parents aku :'( Sebulan nyah aku duk kat sini and every week aku balik so sape yang tak rasa goyah nyah bila nak pergi jauh balik . Kalau Nilai tu bersebelahan dengan rumah aku , takde lah aku kesah sangad . Ok , stop . Don't want to talk more about my Nilai tu . Benci tergila tersangat .

Posting aku kat sini menarik . Semuanya okay but ade yang tak berapa nak okay bila aku punya cross sikit je . Sedih jugakk actually but nothing i can do because my patient memang takk ramai kat KPJ perdana ni . Boleh dikira dengan jari sahaja . So , aku dapat transfer sikit sahaja aku punya cross tu . Takpe laa , nanti kita cover bila aku balik sini lagi pada tahun hadapan bulan 1 okay ? Deal ? Kann bagus kalau selalu sedapkan hati sendiri ni . Takde nak kalut sangat , pening kepala pikirkan perkara yang boleh diselesaikan . Mengenai staff nurse and sisters aku , semuanya okay . Dorang memang sporting habis then aku pun dapat berkerja dengan baik . Cuma sesetengah sahaja lah yang " kureng " nyah . Tak nak sebut sapesape , yang pasti ada lah sesetengah tu yang " garang " . Hehehee .

Actually aku memang lah mempunyai banyak gambar . Ye laa , hobby suka bergambar kann . Tapi internet tidak memberi keizinan buat masa sekarang untuk aku meng - upload gambar disini . Maybe di lain hari :) Okay , sekarang aku nak berstory pasal kawan . Aku mempunyai 6 sahabat yang rapat ketika aku disini . Cehh . . Mereka adalah Ahmad Baihaqi , Muhammad Aiman , Irfanie , Shaheda dan Izzzaty . Hehe . . Mana - mana kitorang pergi , mesti ber - enam . Kitorang selalu lepak kat kedai bila habis shift masing - masing . Aku pun takk tahu macam mana aku boleh rapat dengan dorang semua . Kalau yang pompuan nie , maybe sebab kitorang sebilik then dorang memang baik sangat  . Aku suka sangat bila dapat kawan yang baik macam ni . Masing - masing pandai jaga hati masing - masing . Since aku duduk dengan dorang , hati aku  terjaga kott . Hahaha . And dengan Ki and Aiman pulak , aku rapat bila kitorang digabungkan dalam satu ward  . For first week tu , aku kerja dengan Ki , for third week , aku dengan Aiman . Masing - masing ada karenah yang selalu buat aku gelak sampai tak ingat dunia . Bila lepak , kalau aku tak gelak , memang takk sah . Sebab dorang nie sangat lha enjoy orang nya . Even benda yang kecil pun , dorang akan bantai gelak dan gelak . Satu yang aku suka tentang dorang is dorang nie suka tolong menolong . Kitorang dah takk malu sesame sendiri . Cakap pun straight away je , dah takk malu . Tang malu tuu bagi kitorang tolak ketepi :)

Then aku tengah pikir sekarang , bila kitorang sampai Nilai nanti , agak - agak kitorang akan rapat macam nie takk ? Yang aku dapat ramalkan ialah kitorang tak akan rapat macam nie sebab kat sana kitorang buat geng lain pulakk . Hahaha  . . tapi takde lah sampai tak bertegur . Still akan bertegur , tapi tak serapat macam nie . Hehehe . Nak tengok gambar kitorang takk ?

 Kami berempat kat Jom Heboh . Masing - masing shift pagi , petang tu kitorang melepak sehabis mungkin :)

Kitorang dekat Pantai . Pcb that time . . Release tension sesudah habis exam di hospital ( running assesment )


Nie dengan Aiman . Dengan Aiman takk banyak sangat gambar , maybe dia takk minat bergambar kott XD

Aku rasa macam banyak je moment indah aku dengan dorang . Ye lahh nak buad macam mana kann , if shift malam je mesti kuar lepak kat kedai . Pegi makan and borak sampai lebam . Tapi sampai umah sharp before 10pm laah . Kang terlewat sampai kann , kena nanti dengan sisters . Aku akan rindukan korang even kat Nilai nanti kite tak kann rapat tapi korang tetap ade dalam hati aku . Aku jenis yang susah nak lupakan kenangan yang indah , yang mana aku rasa tak berapa nak indah tu lah yang senang aku lupakan . Hihihi . 

Okay laa , aku rasa aku dah created kan moment aku kat sini so aku rasa macam dah nak habis je cite nie . Aku pun dah tak tahu nak cerita ape lagi sebab memang banyak sangat kenangan aku kat KPJ Perdana nie . Yang manis je banyak , yang pahit aku dah lupa so tak boleh nak cerita kat sini . Hahaha :) Senang kann bila senang nak lupakan perkara yang menyakitkan hati ni . Aku cakap macam nie sebab aku ada benda yang aku sakit hati sangat tapi satu benda je . Perkara tu takde la besar sangat tapi sepatah perkataan dari seseorang tu aku akan ingat sampai mati . Okay laa sayang , aku put dulu . Cite dah habis . . Aku cerita kat sini bukan nak menunjuk or ape tapi aku ceritakan untuk aku mengimbas balik kenangan ini bila aku ada masa nanti dan aku yakin bila aku baca balik entry aku yang ni aku akan ingat satu persatu perkara yang aku lakukan dengan 5 orang sahabat aku ni :) Thanks . . As - Salam .

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Sabtu, 22 Oktober 2011

N . O . T . H . I. N . G

Assalamualaikum sayang :)

Hurm di pagi yang mendung ini , sungguh berat rasanya hati nak kembali ke hostel :( Tuu laa , susah kann kalau dah balik mesti tak nakk pegi lagi dah . Even my hostel sangat lha dekat dengan rumah , itu tidak bermakna saya akan rasa lebih dekat dengan parent saya . Semuanya sama je , dekat jauh saya tetap rindu mereka . Siapa lah saya untuk tidak merasai semua ni :(

Every week saya balik rumah dan everyweek jugak hati rasa sedih . Lagi dua minggu saya posting dekat KPJ PERDANA SPECIALIST HOSPITAL dan lagi 3 minggu jugak lah saya akan balik ke Nilai , Negeri Sembilan . Sekarang , kepala saya sedang di isi dengan perkara itu " Macam mana nak berjauhan dengan family for second time " . Saya tak rela nak pergi , berat sangat ni ha hati . Tengok jela yang cuti one week for aidilfitri , menangis macam budak kecik dalam kereta ! I swear , that time I nanges macam i dah tak kan balik Kelantan lagi dah . Padahal masa tu , pergi untuk 3 minggu je . See , aku memang tak boleh nak hidup jauh dengan parents aku :(

Kalau terpikirkan hal ni kat hostel kann , mesti air mata jernih ni galak je keluar . Sial betul laa , tak nak la benda macam ni terjadi kan . Malu dengan roomate tu . Entah laa , buat masa sekarang relax je laa . Tak mo pikir lebih - lebih .

Hari ni hari ahad and as usual la aku shift petang . Kejap lagi , dalam pukul 11 bantai mandi dalam jamban la . Nak pergi hostel balik . Sekarang , Tanah Merah di landa kemiskinan air . Entah batang paip mana entah yang pecah . Buat hal betul laa . Aku balik letih - letih dari hostel nak basuh baju , tup tup pagi smalam dah tak ade air . So , terpaksa la hangkut semua baju and diri sendiri ke rumah mak mentua abang kedua aku tu . Pergi laa menumpang kejap rumah dorang . Unfortunately , unirform aku tak keringg jugak ! Hangin betul laa . Tapi tak pe laa , what can i do kan . Relax , cool and just iron macam tu lha . Basah - basah lembap je pun , bukan basah kuyup pun . * Over je minah ni .

Okay laa , nak cau . Story mory aku nie memang macam ni , tak kene tajuk :) Haha , biasa laa mengisi masa lapang dengan mengupdate story . Ape gune ade blog kann :) Bye , take care .
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Khamis, 6 Oktober 2011

We fresh

As salam semuaa :)

Huh , hari nie day off untuk student nurse . Naseb baek , dapat aku rest hari ni . Posting ? Okay kot setakat ni sebab aku masih lagi belum masuk ke mana-mana ward . Aku just duduk dalam sisters room saja . By next week , baru laa diveded kepada ward dan aku dapat bertugas di ward kanak kanak . I'm so happy , aku sukakan budakbudak ni . Cuak jugak untuk minggu depan ni , sebab ye lah . Sister memang lah baik kat sana tapi kalau boleh aku tak nak sebarang kesalahan atau step yang aku lupa masa perform mana - mana procedure . Kalau blood pressure , aku rasa okay kot tapi kalau yang position tu aku rasa macam nak sembunyi kat ladies je .

Actually , aku lebih sukakan keadaan di cilinical area kot berbanding dengan college . Tapi satu je aku tak tahan kat sini . Malas pulak nak mention ape yang aku tak tahan sebab biarlah rahsia . Just orang tertentu je yang tahu ape yang aku tak sukakan sangat tu . Hospital aku tak sibuk sangat so susah nak dapat tugas laa kot tapi yang tak sibuk tu lah student nak biasa nya kann ? Tapi disebabkan buku contact hours tu rasa macam lebih elok jika aku dapat hospital yang sibuk lagi busy . Hihi

Oh btw , sepanjang one week aku kat hospital , aku selalu lepak kat bilik nenek aku bila lunch . Nenek aku ke ? Err , adiknya nenek aku . Hihi . . Dia admit ke hospital by monday last week then aku pun register masuk last week so selalu lah lepak dalam bilik dia . Single room , so senang aku nak nyorok ! Ahaha :)

Tak silap aku , dia masuk sebab mini strok tapi sekarang dah okay . Tangan , kaki bagai dah boleh move dah . Dah normal dah , kalau sebelum ni tangan dan kaki dia tak boleh nak angkat pun . Kesian dia . . Tapi sekarang , alhamdulillah semua dah okay .

Okay then , aku chau dulu . If ade story lagi , aku updated :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Selasa, 27 September 2011

Oke , daa jumpaa :)

After i safely arrived at Nilai , I did phone call to my mom to ask that I place my black watch at somewhere in her room ? She's said " Tunggu , nanti maa tengokkan ''. I'm just said yes then waiting for her phone call :)

For tomorrow morning i receive her call then she said '' tak nampak pun jam kamu , mane kamu letak jam tu '' . Sungguh menyayat hati saya then saya rasa macam nak nanges :( Saya desak mom and dad for looking my love watch . I attended my class without wearing my watch . I love so much my jam tangan tu . Itu adalah satu-satu nya pemberian orang dan orang yang bagi jam tangan tu adalah abang saya .

Then , mom and dad hari-hari call cakap benda yang sama . They're cannot find my watch . They said just came back and find myself . So , for three weeks I wait , I find it myself . Punya lah penat lelah mak ayah cari rupa - rupanya kat dalam bilik solat itu jam . Sangat nakal dan suka bersembunyi :) My parent looking you for me , you sembunyi . But when I find you , you tunjukkan diri .

Punya lah melompat aku dapat jumpa jam tu :) Girang si haty girangg , yeay . *wink - wink *

Noted for myself ; Nanti kalau dah pakai then buang , letak laa merata - rata . Nanti senang kau nak  rindu jam tu :) Then , if jam tu hilang lagik , kau jangan laa menggedik suruh abah maa carikan untuk kau . Sian dorang , habis segala kredit buat call dekat kau nak tanya mana letaknya jam tu oleh kau . Sudahnya , kau sendiri yang jumpa . Siot ;p
Even that watch look simple but  it's so precious to me :)
Yes true , i can't wear this when i in nurse uniform but i still can use it when i not wearing nurse uniform . Am I right ?
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Kesian

Aku tak tahu la ape kena dengan aku ni . Dulu , lembut je pegang laptop ni tapi sekarang if terhatuk pun dah pandai buat donno je . Hish , kesian sayang saya ni . Saya sayang laptop saya ni tapi entah lah rasa macam nak laptop lain je sebab tu mudah je nak buat laptop ni rosak . Hehe , ngegadeee . . :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

I'm Sorry

I'm not try to be rude with you . I just want to release my stress that's why i do that . That time i was very angry with you , I don't know what should I do , then I just wrote something that make me satisfy . Just one thing I want from you , please understand me as I understand you . Nothing to worry because only me and you know the meaning .
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Ahad, 25 September 2011

I'm proud to be a NURSE !

Hello everyone

I'm back to my hometown and be free from stress . I already finish my semester one and going to practical at some place that i had to secret ( Can't tell this one ) . At the same time , i had finish my final exam last week . I don't want to talk more about exam because the exam was like hell . The question like &#%^$% ..

My new life at college was good , not to bad . I  got new friends , new life and so on .  I try to adopt myself to be more independence to face reality life in the world . To be a nurse is not a simple thing that people out there thought . honestly , before I be a student nurse and i was child that time , I was thought  that nursing course is simple person , job and very easy to get it . But , when I in this course , now I know how difficult to be a nurse . I proud at all the nurses out there . Okay babe ,  good nyte and have a sweet dream . Now I'm very tired and my sleepy mode is already on right now . Then , babaaaai ;p
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Isnin, 29 Ogos 2011

Esok raya . . !

As - salam buat semua nya :

Tiba lah esok untuk hari raya . Sayu je hati malam ni . . Aku teringatkan kat arwah adik aku , Siti Hajar . . Biasa lah malam raya macam ni kan , naknak bila tang dengar azan raya tuh , gila bafak aku rasa nak nanges ! Rindunya aku pada arwah Ya Allah :(

Aku cuma dapat sedekahkan al - fatihah kat arwah-arwah adik dan abang aku .

 - Al - Fatihah -

Okay lah . . Malam ni malam raya kan ? So no wonder lah if kita dengar kat luar umah tu macam dunia berperang kan ? Aku yang nak kemas umah dengan mak aku pun tak senang sebab aku selalu cabut lari bila dengar bunyi mercun . Lari bukan sebab bunyi kuat or ape , lari keluar umah join sekali dengan abang & adik aku . Hahaa . Biasa lah , kat Nilai tade nak bunyi mercun sangat .

Then , masa untuk mengemas sedikit sebanyak tang rumah ni dah di settle kan oleh aku and mak kesayangan aku :) Sekarang , tugas selanjutnya yang patut aku buat ialah iron baju yang nak di pakai esok . Yang tang iron baju ni aku malas sikit :) Biasa lah , bila kena berdepan dengan benda panas ni , selalu je rasa malas kan . Normal kes lah tu .

Malam ni , rumah aku sunyi sikit sebab semua nya keluar umah . Abah and separuh dari abang aku keluar ke dewan iaitu tempat berkumpul ya kami seluruh keluarga pada hari raya kedua :) Abang aku yang lagi sorang tu pegi keluar keje , bantu kawan dia :) Aku dan selebihnya duk kat umah , hadap tv . Cite malam raya best woo ! Hahaa :)

Okay lah , aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua umat islam yang menyambut hari raya esok . Maafkan aku if ade salah silap for my friends , family dan sewaktu dengannya yang kenal dengan aku . Aku mengharapkan raya tahun ini lebih bermakna untuk kamu semua dan aku sendiri :) Enjoy lah untuk hari raya esok ye :)

Much of Love - sherazamri :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ayat sebenar aku

 " You're man , you supposed to be matang . Please , don't behave like childish . Aku menyampah okay ! "
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

B . O . R . I . N . G

Salam . .

Baru lepas sahur . Dah tak tahu nak buat ape . Ape ? Bace Anotomy and phisiology ? Uhh , tahu lah lepas raye ni exam . but it's doesn't meaning that i should spend all over my time for it . Now , i'm just want to take my time , rest before i'm take back my " fav " subjek . Now i'm in eid mood so let's forget for a while about college . 

So , shera nak buad ape sekarang ? Lepak sorang - sorang dalam bilik depan lappy ? Tak kan lahh kot . Nak buat ape haa ? Tidur balek nak ? Jom lah . . . Hahaha . Dah sengal aku ni . 

P/S : Jangan cakap saya gila . Saya tak gila , saya cuma ambek mood sahur . 


Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kite balek kampung taw !

Hari ni hari kalut sedunia . Ye ke ? Ye kott :)

Hari ni hari Jumaat taw , and hari jugak hari student kpj balek kampung halaman masing - masing . Saya suka sangat . Dari semalam tak boleh nak tidur sebab terfikirkan balik kampung sangat . Packing dah awal - awal lagi dah , cuma yang tak berapa perlu dipackingkan je belom .

So , pagi ni aku bangun awal sikit sebab nak lipat kain aku yang basuh tu . Pas tu tidur balik lepas kemaskan semua . Before tidur tu , dah pesan kat roomate kejutkan dalam jam 7 . So , jam 7 aku bangun , terus mandi . Lepaskan siapkan diri aku , segala perkakas atas katil seperti selimut , bantal dan sewaktu dengannya aku sumbatkan dalam loker aku . Pagi tadikan , tuhan sahaja yang tahu aku punya hati ni macam mana . Happy tersangat .

Actually , kami semua tak belajar masuk kelas tadi tapi ade presentation sikit .I expect that i'm will finish my class at 1 0 ' clock but my madam mary lim sangat lah berkelakuan baik hati , she finish her class early than usual . Sangat awal bhai . Dalam pukul 11 tu dia dah lepaskan kite semua . Aku ape lagi , excited punya pasal , aku terus call abah cakap yang aku dah habis class then suruh dia call cousin aku datang ambik aku sebab aku terpaksa naik train pegi Gombak dekat ofis abah aku tuh . Kalut naik hostel with another 2 fren , diha and umi dan sewaktu denganya .

Aku tak hengat entah pukul berapa cousin aku sampai ambek aku tadi . Hehee . Yang aku tahu pukul dua aku dah ade dalam ofis abah bersama abang kesayangan aku :) Jam 3 kitorang bertolak . Hah sebut pasal perjalanan ni kan . Aku nak tambah cerita sikit ni . Dalam perjalanan pulang tadi , sebanyak 8 kali eksiden taw . Bapak teruk gile kete yang eksiden tuh . Tak sampai hati pulak aku nak tengok . Tapi aku rasa tak de yang cedera lah kot sebab masing - masing dalam kete . Lagi pun sikit je yang " siden " nye tuh . Kete je yang tak boleh raya , tuan nye still lagi boleh . Tapi tak syok jugak kan raya if kete dalam keadaan tenat . Dan alhamdullilah lah , perjalanan kami berjalan dengan lancar . Jalan pun tak sesak sangat weh . Tenang je our journey just now . We had fun in our journey . Masing - masing buat cite kelakarkan . Cuma yang tak best nye , dalam kete abah kite tade lagu raya . Harhar :)

Dah start perjalanan dalam pukul 3 , dah sah - sah lah tak sempat nak berbuka kat umah kann ? So , abah decide singgah kat umah adek ipar dia a . k . a bapak saudara aku kat perak . So , berbukalah kami kat situ . Dengan tanpa malu nya , aku makan seperti memang orang berpuasa , tak menghiraukan orang sekeliling . Hehee :) Macam mana tu , makan seperti orang berpuasa ? Lu fikir sendiri :))

Ni part yang paling aku suka . Dalam jam 11 malam , kitorang sampai Redland . Terujanya aku masa sampai tuh . Turun je kete dengan rambut yang tak dapat diungkapkan tu , pegi salam dengan dua orang abang kesayangan yang sedang menunggu depan pintu umah . Hahaaa . Tunggu aku ye bang ? Masuk umah , terus pegi serang nenek aku . Badan nenek kite panas sikit tau . Maybe she ' s in process getting fever . Sian nenek kite :(

Lepas kite salam nenek kite , kite cepat - cepat naik atas kat bilik maa kite . Masa kite jengah mak kite tu , dia dah tidur taw . Kite kejutkan jugak , kita salam dia , kite cium dia then kite gelak . Gelak happy sebab dapat jumpa . Mak kite pun turut gelak , abah kite pun gelak . * Abah kite tu gelak tak berapa nak gelak sebab dia penat bawak kete . Cian abah . werk :p

Tahu tak mak kite sediakan ape untuk kite makan ? Dia sediakan ape yang kite nak taw . TOMYAM AND AYAM TUMIS kesukaan kite . Sayang mak kite . * Dah kenapa dengan ayat aku ni ? Asyik berkite kite jee ni . Dah buang tabiat ke dia ni ? Biasalah oarng excited balek kampung . Hahaa :)

Dah laa , saya nak tidur lah . Esok nak bangun sahur dengan family kite pulak .

P/S : Malam ni tidur dengan adek tersayang . Nur Syazwani :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Ahad, 7 Ogos 2011

Aku sayang Diha & Umi

Hahaaa . Aku saje je cakap macam ni
Dorang satu kepale dgn aku kot
Dorang selalu stress bile cakap dengan aku
Hahaaa
Aku suka bila diha buad muka taikk tuh .
Umi pulak tak pasal2 nak bunuh diri 
Hahaaa .
Siot gile wehh korangggg :)




Aku sayang korang lahh .

P/S : Diha , thanks ko bagi pinjam bantal pelukk . Lena gile kott aku malam semalam . Hahaaaa :)

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Jumaat, 5 Ogos 2011

Puasa Pertama Tahun Ini

As- salam ,

Tahun ni adalah tahun yang sangat mencabar untuk saya . Saya berpuasa tanpa ibu bapa saya disisi . Selalunya saya dikejutkan sahur oleh kedua ibubapa saya , tapi tidak ade lagi semua tu . Tipu je , even puasa jauh , maa still kejutkan aku melalui phone . Hehee :)

Malam puasa Pertama .
- Semua kalut bincang ape nak makan time sahur . Dapur kering kot weh . Roti ade tak silap aku , nasi je tade . Lepas tu , salah sorang kawan aku ( housemate ) cakap yang ayah die nak ajak die keluar makan , so kitorang kirim la nasi dan lauk untuk sahur . Kalau kat Kelantan , aku begitu excited bila puasa tiba . Tapi sejak aku duk sini , rasa excited tu dah takde , malah aku dah tak pandai nak excited lagi dah . Terlebih over lah pulak minah neh XD

Betul weh , aku rasa macam bukan bulan Ramadhan kat sini .Bunyi mercun pun takde . Kalau kat kampung aku , HARAM kalau tak bunyi mercun tuh . Meriah gile kot kat sane . That's why aku rasa macam nak nanges bile ingat time kat kampung . Berbeza tersangat . Terawih pun aku miss sebab bas datang awal , aku kalau nak bersiap buka nye sekejap . Nak nye lagi lepas berbuka , badan macam berat gila nak bangun .

Sahur
- Maka dengan itu , tepat jam 4 aku bagun lah untuk bersahur . Hanya 4 orang yang bangun diantara kami berenam sebab lagi dua orang begitu liat nak bangun . Hahaa . Aku malas nak mention nama kat sini sebab dorang masing - masing ada blog XD . Aku makan dengan malas , tangan macam nak tak nak je suap kat mulut ni . Last sekali , makan tak habis , terus sambung tidur . Before aku masuk , pegi toilet dulu . Lepaskan airmata yang menggatal nak keluar tu ;p

Before tidur jugak , aku mesej dengan abah . Abah macam paham je aku punya keadaan . Ape aku cakap , die layan je . Aku mesej abah dengan berbunyi seperti ini ..

Yaa : Abah , sahur makan ape ?
Abah : Ala kadar je
Yaa : Tak best puasa kat sini .. Nak balek ..
Abah : Nanti anak ' tino ' balek , maa masak sedap- sedap .

Aku terus tak reply . Lagi aku reply , lagi kuat airmata aku . Pastu , maa call . Suara maa laen ko weh . Aku mengadu nak makan ayam tunis ma tuh . Maa cakap " Takpe , sempat lagi . Nanti balik , maa buadkan " . Aku tahan je lah perasaan ni . Sahur pun daa tak boleh blah , ape lagi nanti berbuka kann .

Berbuka Puasa
- Hambek ko . Nasi masak sendiri , lauk beli kat bazaar ramadhan . Mak ai , makanan mahal macam $%^$# . Habis duit nyah weh XD . Tape , first day puasa . Hahaa .Memang berbeza lah kan berbuka puasa dengan family dan kawan . Kawan lain , family lain . Tak banyak sangat aktiviti yang aku buad untuk "pes day " puasa ni . Letih la sangat kann . Lepas je berbuka , terus solat maghrib . Pelik gila rasa sebab perut penuh . Yang aku paling pelik , aku puasa hari tu macam aku buat banyak aktiviti . Padahal tak . Lepas selesai je solat Ishak , aku terus tertidur atas sejadah . Bukan aku sorang , rumate aku pun turut ikut serta . Lepas aku rasa sakit badan ape semua , baru lah aku bangun tidur atas katil . Tak boleh nak bukak langsung mata ni . Phone bunyi pun aku buad tak layan kecuali bila my mom call aku jawab lah . Jawab pun macam tak jawab . Kesian maa , call nak cakap dengan aku tapi aku cakap macam tanak layan . Aku rasa macam aku makan ubat tidur pulakk .Maybe sebab jalan - jalan kat bazaar kot . Tapi jalan je , asal letih sampai macam tu sekali .

Okay , macam- macam rasa aku rasa kat sini untuk SATU hari berpuasa . Sedih siot tak dapat puasa kat rumah :(
Takpe , lagi 20 hari yaa . Nanti merase laah ko bunyi mercun kat rumah and AYAM TUMIS maa :)

P/S : Next week , mak saudara aku balik dari Makkah . Hope dapat sambut die kat KLIA sebab dekat je aku dengan Klia tuh . Hoho ..
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Jumaat, 29 Julai 2011

XOXO

Assalamualaikum semua .

Wow , sudah lama rasa nye tak menjengah kat blog ku ini . Biasa lah orang busy kann . Busy ke ? Busy laa jugak sejak kebelakangan ni ! Hahaa ..

Banyak perkara yang nak disampaikan tapi apekan daya . Tak kuasa aku nak ceritakan semuanya dalam ni . Hahaa .. * Lain bebeno ayat aku kann . Hurm .. :)

Oke , jom bercakap banyak sikit . Saya ade sesuatu yang nak dikongsikan . Tahukah anda semua bahawa beberapa hari lagi kita akan menyambut ramadhan , bulan yang mulia . Tahukan anda untuk pertama kalinya saya berpuasa tanpa ibubapa saya ? Tahukah anda ? Entah kenapa , aku rasa macam nak nanges gile bila orang bercakap pasal puasa . Mungkin ini pengalaman pertama aku berpuasa dengan kengkawan aku . Mungkin ade kegembiraan yang tersendiri kot lepas nie . Entah lah , wait and see je lahh kann :)

Oke , itu bagi bulan puasa . Tahukah kamu . Dalam kita semua berpuasa aku menghadapi exam for every saturday . Hah ? Bagaimana kah pula dengan itu ? Oh tidak . Untuk hari nie aku daa lepas untuk subjek yang paling aku $%$%% . Anatomy And Physiologi .. Bagaimana agaknya perasaan saya selepas tengok soalan tersebut . Apekah jawapan saya ? Dapatkah saya jawab untuk kesemuanye sekali . 

Hambek koo ! Airmata buad kedua kalinya aku kat sinie ! Takpe . Maybe untuk first time kott aku akan rase susah . Semuanya susah bagi kami . Huh ..

Aku ade pengalaman nanges sebab tak dapat jawab exam tapi aku rase yang nie paling kuat kot aku nanges . Hoho .. Aku call maa , nanges . Aku call si BULAT pun nanges . Aku call abah aku , lagi lah . Aku just ingat kate - kate pak saudare aku . Untuk sem pertama , memang berendam dengan air mata . 

Jom tidur nak ? Kate baru lepas exam , rest laa kejap . Ganti time tidur semalam . Boleh kann ? Hoho

P/S : Tak sabar nak raya , tak sabar nak posting DAN tak sabar nak peluk MAA ABAH !!

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Selasa, 12 Julai 2011

Malam ini bukan malamku

Sepatutnye malam nie aku daa berdengkur dengan Si Diha ngan Umi tapi apekan daye niat aku nak pegang buku tu terlalu kuat so sampai sekarang aku tak tidur lagi lah :) Bagus tak saya , bagus tak ??? Oke laa kann daripada tade pape tuh ;p

Boleh saya share something ? Saya nak share pasal kesedihan saya . Entah kenapa malam ni saya rasa rindu sangat dengan Maa Abah saya . Saya nak menangis sekarang jugak tapi apekan saya . Walau airmate darah sekalipun saya tak mungkin akan jumpa parents saya buat masa sekarang . Dua tiga hari before eid baru saya arrive kat kampung halaman :(

Actually , setiap hari kami berbual melalui phone . After i had finish my class , i misscall to my mother and my mother will call me back after 5 second . Borak , borak , borak dan borak . Rindu tetap rindu . Mereka orang yang paling saya sayang . Ye lah , sape tak sayang parents kann :)

Dalam seminggu tu , kami jugak akan ber-ym . Gelak , gelak dan gelak :) Suka time tuh . Habis segala kenakalan abah dan adek - adek mengubat hati aku :) So , aku kene lah buat ape yang sepatut nye . Jangan asyik nak tidur je -,-

Oke laa , selamat malam . Makin panjang aku story , makin panjang air mate aku :)

P/S ; Tommorow will be Madam Maharbanu class again . Anatomy and Physiologi . Stress subject ;p
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Khamis, 30 Jun 2011

Saya sunyi tanpa kamu di sisi , sayang .

Saya tak menggatal . Maksud sayang itu adalah khas saya tujukan untuk my parent @ Tanah Merah , Kelantan . Esok , Jumaat bertarikhkan 1 / 7 / 2011 adalah hari lahir aku . Did you know , every year I'm celebrate my bornday with my lovely parent . But now I have to celebrate alone . No more suprised from them , no more laughter with them . To me , this year , this bornday it's not meaningful to me . 

Just now , I had call my mother . I'm telling her about tommorow . And guess what she said ? She said that she always remember my date bornday , never forget the date . Perghh , ayat yang menghura harakan jiwa aku that time ! 

Can't I fly to Kelantan for a moment and back here when everythings have done ? Saya nak sangat berada disamping Maa Abah even dorang tanak sambut befday saya . Boleh ?

Bye all ):

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Suprise

Hari Rabu :)

Calling Abah saya ... Tut , tut ...

Abah : Hai sayang :)
Saya : Abah , ore nak balik Kelantan :(
Abah : Why ?
Saya : Something happens here . Saya nak balik . Please :(
Abah : You disscuss dengan your lecture , then you tell me the decision . Kalau betul nak balik , balik malam nie dengan abah . Tapi you have to disscuss first with your lecture . I don't want anything happens when you leave your class .
Saya : Okay , i call you back .

* If korang cakap yang diolog nie aku reka , No ! Aku selalu cakap macam nie dengan bapak aku . So jangan menggatal cakap aku sengaja reka ayat nie semata - mata nak tunjuk lagak depan korang . Tade mase untuk semua tu okay (:

Saya terus naik ke tingkat 5 dimana keberadaan bilik Ika , classmate aku . Aku nak tanya about my cuti nie . So , dia yang ajar aku pasal nak mesej our Miss Ika nie . Alasan aku untuk leave class ialah sebab mak aku demam . Aku tak tipu , memang siyes my mom demam . Lepas sent mesej semua , Miss ika atau lecture aku reply mesej aku dengan " Ok , tc " . Mahu tak melompatnya aku time tuh ! Terus balik umah sendiri , then call my abah saya tu .

Then , bincang , bincang  , malam tu jugak aku bertolak balik ke Kelantan (: . Abah pesan , jangan sesekali menggatal nak bagitahu maa yang aku balik . Konon nye suprised lah . So , aku follow je cakap abah (: . Best ape bagi kejutan kat mak sendiri (:

Anak buah abah datang ambik aku kat hostel , terus ke KTM nak ke Bank Negara . Abah aku tunggu kat sane . Sejam dalam train , akhirnya sampai jugak Bank Negara . Happy giler dapat jumpa abah saya tuh . Dalam hati lagi tak sabar nak balik Kelantan . Kami balik naik bas je (: 

Malam tu , kami dihantar ke stesen bas oleh abang aku , abang Man dan sorang lagik kawan abah . I don't know his name , sorry . Naik je bas , aku pejam mata . Mahu cari idea macam mana nak suprised maa . Punya lah lama dalam bas , sampaikan tulang aku rasa nak tercabut ! Tapi sabar , nama lagi bas (:

Okay , kita express kan story kite seperti bas Sani itu (: . Pukul 4 kitaorang sampai di Tanah Merah . Waaah , dunia nie aku yang punya (: . nak melompat macam katak pun ade that time . Selalunya , when abah arrived kat TM , abah akan call abang aku datang ambik . Tapi dah nama plan suprise , so abah tak call . Kita balik naik kete sewa . 

Sampai je umaah , tanak kejutkan . So , mari plan so that aku boleh masuk dalam rumah . Haha , lawak gile doe ! Masuk je rumah , abak masuk bilik die cari kunci bilik aku . Lepas tuh , aku masuk bilik aku senyap2 . Aku dengar abah dan ma borak . Nak tahu tak ? -,-

Abah : Pegi tengok dalam bilik Sira , saya ade bawak balik benda .
Maa : Ape ?
Abah : Pegi lah tengok .

Maa ape lagi , jalan pelan2 ke bilik aku . Aku dah tak sabar nie ! Nampak je muka maa , aku melompat pas tuh terus salam and cium maa !! Ya Allah , rindu nye aku kat maaa ! Nak nanges tapi tape lah . Simpan ! Muka maa memang tak boleh blah . Muka orang shocked ! Aku daa tak tahan gelak . Kite bedua jalan masuk blik abah . 

Aku kejutkan adek2 aku tiga orang tuh . Faied , Fakhri and Wanie ! Bangun , bangun dan bangun ! Lagi lah terperanjat dorang :) . Aku sukaaa sangat malam tu . Thanks abah , ILYSM ! You're daa best father in the world , also the great partner ! Ngeee (:

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Masakan Negeri Sembilan

As-salam

Saya kan selalu rasa macam nak pecah kepala bila time makan tiba . Huh , saya mane boleh makan PEDAS , nanti ade organ - organ sakit . Susah laa macam nie kann . Semua makanan kat sini pedas- pedas . SO , everyday i got pedas dalam HATI . Haha , tak de lah sampai macam tu sekali tapi tak tahan jugak kalau setiap hari kena baham makanan pedas . Tak larat den nak tahan sakit dada nie .

Kesian tak kat saya ? Kesian kann . . Susah babe nak dapatkan makanan yang tak pedas . Ade yang tak pedas , tapi tak sodap laa pulak ! Hihi , demand betul minah nie ..

P/S : Today is last English Class . I think I can wake up late for tommorow BUT not . Tommorow will be occurs one again ORENTASI DAY FOR NURSING ! Then tommorow night I off to SUNGAI BULOH . Oke , enjoying your weekend !
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Sabtu, 18 Jun 2011

Happy father's day

As-salam

Hari nie hari bapa ke ? Actually saya confused sama ada hari ini atau besok ( Ahad ) . Saya ada tengok someone update status wish happy father's day . So saya terus mesej abah tersayang , hehe .

Okay if true today is father's day , let's wish for all fathers in da world . Ehehe .. For Mohd Zamri Che Hassan , my beloved father , happy father day . I love you soo much . I hope you're always in good health . Yaa sayang abah , abah tahu betapa sayangnya yaa kat abah kann . Rindu sangaaat :( . And to all fathers in daa World , HAPPY FATHER'S DAY ! YOU'RE THE GREAT FATHER ABAH , I LOVE YOU SO MUCH !
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Isnin, 13 Jun 2011

Hari pertama di KPJIUC

Assalamualaikum ... Lamanye tak jenguk blog . Miss my blog bery much :p

Saya teringin nak story about my first day at KPJIUC .
Ok jum ke sanaaaaaa :)

5 / 6 / 2011 - AHAD

Bertolak dengan dua buad kereta ke Nilai dari Gombak tepat jam 8 kot . Dalam kereta saya tidur ternganga sebab tak boleh nak control saya punya ngantuk . Saya tanak layan saya punya perasaan masa tu . Sampai sana around 10:00 , maybe . I tk perasan sangat . First time kena pegi daftar sorang diri . Parent tak dibenarkan follow anak dorang . So saya cari bilik - bilik yang dinyatakan dengan hati yang sebal . Tapi abang  saya ada kat luar bilik so tak laa nak sebal sangat . Lepas selesai pegi sana sini , kena pegi dewan dengar ape yang nak disampaikan . So hampir sejam jugak laa sedekahkan saya punya telinga kat dalam dewan tu . Sabar jela kan -.-.

Okay , lepas dengar semua benda tu kitaorang blah untuk cari hostel saya . Hati saya menangis bila letak beg dalam bilik nie . Entah , saya rasa macam tak de hati nak duduk sini . Lepas letak beg dalam bilik , kitaorang pegi MyDin jap beli barang yang diperlukan . Banyak sangat barang sampaikan aku rasa macam aku tak kan balik Kelantan lagik :( . Makan , shopping sudah . Time nie yang aku cuba nak avoid . Aku kena berpisah dengan Maa , Abah . Aku tak penah tinggalkan dorang . Tak penah duk jauh . Aku nanges dalam pelukan abah . Maa nanges , aku tak tahan doe .Aku boleh jumpa abah aku tiap2 minggu tapi maa ? Abah ade kat gombak so anytime aku boleh pegi sane . Tapi nak balik Kelantan tu jauh !

Malam tu aku letak gambar family kat tepi kepala . Nanges jugak malam tu sampai lebam mata . Okay , nak blah ! Dah tak tahan . Byeee . . Sumpah first time update story tak habis .
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Ahad, 29 Mei 2011

Macam tak percaya

As-salam semua :)

Hari nie rasa macam nak demam . Tapi tak pe , mari kita abaikan pasal demam saya tu . Actually ada rasa sedih sikit untuk mengupload story pada kali ini . Ia lebih kepada persiapan saya untuk ke KPJ International Collge Of Nursing . Tepat jam 12 pm tadi , my - sister - in - law call suruh pergi kedai dia untuk memperbaharukan cermin mata saya . So , saya cepat - cepat mandi untuk ke sana . Okay , settle untuk cermin mata .

Terus balik , tak pergi mana - mana hari nie . Kurangkan aktiviti yer minggu nie kerana sibuk untuk rumah sikit :)
Sampai kat rumah , terus masuk bilik . Saya duduk je atas katil pas tu terpandangkan beg gergasiku warna oren pekat tuh . Dalam hati berkata " Haih , nak pergi dah ke ? " . My mom ada mention supaya kemas awal - awal nanti tak kalut . So , saya turut aje . Segala baju kurung , kemeja kita lambakkan atas katil .Maak aii banyaknya baju kurung ! Terkejut nyah ! Tak pe , nanti tak payah kelam kabut nak basuh nanti . Okay , so saya kemaskan satu persatu dalam beg . Baju tidur pun masukkan sekali . Okay , penuh sudah beg tersebut . Masa saya kemas - kemas baju tadi , adik perempuan saya ada kat sebelah . Selalunya mulut dia macam radio , tapi tadi senyap aje . Satu perkataan pun tak keluar dari mulut dia . Aku dah nak nanges dah tadi tapi tahan je depan adik ! Dia keluar aje bilik , ape lagi . Macam hujan turun kat pipi . Nasib tak de kilat aje kat pipi nie . Aku memang dah tak boleh nak tahan kalau bab nie ! Aku lemah wei , aku bukannya pernah berpisah dengan family nie . Dah laa family tiap - tiap minggu ada event .

Jumaat depan dah nak chow dah . Huhu , sedihnya hati . Aku tak sangka aku akan tinggalkan semua nie . Harap - harap laa di permulaan sahaja aku macam nie ! Huhu , babai semua . Tanak story panjang dah , tak ada mood lah !
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Rabu, 25 Mei 2011

So seh So seh

Aku daa habis idea nak buat tajuk apa dengan entry aku kali nie . So idea tu yang keluar , so jangan pelik okay .

Assalamualaikum semua ...

Aku dah story kat sini ke before this about kepergian aku ke rumah kawan aku that day ? I think I were mention before . Okay , mari mengimbas kembali pasal hari tersebut . Hari tersebut adalah antara hari - hari bahagia kami sebelum berangkat ke tempat / lokasi pengajian masing - masing . Segala kegembiraan , kedukaan dan various else dikongsi bersama . Aku sedih because dorang pergi dulu . Biarkan aku pergi dulu , baru best .
Ini antara moment indah kami pada hari tersebut .









Ohh , I really miss you :(




Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Saya dapat panggilan

aAssalamualaikum semua .

Hari nie kira dah cukup untuk 4 hari lah sepupu saya tu pergi meninggalkan saya . Saya buat entry nie macam dia BF saya kann ? Actually , saya sayangg dia sangad . Dia lah diantara sepupu yang paling saya rapat . Korang tahu ape :P

Tadi , around 3pm sedang asyik aku melayan perasaan dalam Facebook , tiba-tiba phone aku bunyi . Aku malas nak gerak sebenarnya , aku sangkakan panggilan dari member abah sebab sekarang nie kan aku sedang sibuk berperang tentang kos yang nak aku ambik . So , dengan malasnya aku bangun dan ambik phone . Bila tengok aje nama Shakila kat phone , aku tekan butang hijau . Tak sempat bagi salam , terus jerit macam setahun tak jumpa . Dia pun sama jugak , tak sempat bagi salam dekat aku , terus buat suara macam gila gitu . Ahaha , ape lagi we are talk , talk and talk lah . Tapi sekejap aje sebab dia ada hal . Ye lah , dah jadik budak U nie kena la rajin - rajin . 

Tadi masa dia call , ada suara yang bisingg sangat . So aku tanya lah ..

Aku : Kila , sape yang bising macam nak pecah dinding telinga aku nie ?
Kila : Tu la budak bongsu yang manja hari tu ( Sambil gelak )

Haha , story pasal budak tuh . Aku teringat pulak kat dia . Dia cumilll sangat tapi manja mengalahkan aku tau . Dia anak bongsu , off course la kan manja sikit . That day , masa nak kena tinggalkan , dia nanges masuk toilet tau . Aku nanti macam mana eh kalau abah dan maa nak tinggalkan aku kat sana ? Agak - agak runtuh tak bangunan hostel aku ? Biarkan lah , aku tanak fikirkan lagi . Tak nak spoilkan my mood malam nie . Okay guys , see you again . Bubye :)

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Isnin, 23 Mei 2011

Selamat Tinggal kawanku

Assalamualaikum semua . 

Pada hari - hari yang lepas iaitu pada 19 / 05 / 2011 berharikan Khamis saya telah ke rumah bestie saya iaitu AQILAH yang bertempatkan di Bechah Laut sahaja . Saya pergi for solat hajat beliau untuk ke Uitm Machang pada hari Sabtu yang akan datang . Sayu , gumbira dan macam - macam rasa yang tak dapat dikatakan kerana sungguh sedih rasanya berpisah dengan kawan . 

Kami makan bersama , bergurau senda bersama dan menangis bersama . Okay , jangan nak spoil kan mood aku malam nie . Let's not talk about it . Banyak sebenarnya gambar yang di ambil pada hari tersebut tapi tak dapat jugak nak upload kat sini sebab phone tu dekat abang aku . I have borrow my brother phone because my mom take my phone . So die bagi yang kamera tadak punya kat aku . I will upload all pictures only at my facebook . 

So pada sabtu yang lepas , malam tu aku rasa sedih semacam aje . So aku mesej kat one by one kat kawan aku yang nak bertolak keesokkan harinya . Aku advise la kononnya , cakap jage diri leklok . Ahaha , ikhlas okay . Teringin nak jumpa lagi dengan korang , InshaAllah , nanti raya kita jumpa . Kita pergi jauh bukan untuk bersuka ria , had fun but kita pergi for plan yang terbaik for our future , right ? So please my friend , don't ever you back here just because you can't follow university level . I pray for you so that you can get well in your result soon , get more experience life and well in health . One matter you should stay on is if you want to do something but can't . Just close your eyes , listen to your heart .But if can't to , close your eyes for second time and thingking about your parent hope . May god bless , you will get the best part in your life . Carry on saje ape yang korang dah buad , jangan fikirkan benda laen yang tidak mendatangkan any benefits ! Okay . 

* Aku nasihatkan orang nie , aku tak pegi futher study dah ke ? Tak laa , it's also for me to . I advise myself :)

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Politeknik Atau KPJ ?

Assalamualaikum semua .

Sihat ? Saya tak sihat yer . Okay , mari bercakap tentang masa depan . Saya dapat tawaran ini .


.

Okay , yang kedua .

Dulu , masa dapat result SPM , nanges-nanges sebab result tak cantik . Terus fikir how's my future ? Ade ke tawaran nak futher study ? Macam dalam kepala otak masa tu sampaikan nak tidur pun tak dapat . Lepas tu , kawan saya Syarifah Suriani ajak pegi interview kat Hospital Perdana Kota Bharu . Pegi tu niat memang saja aje . Tak sangka pulak saya lulus dalam interview tu . Rezeki saya , alhamdullilah . Okay , cakap - cakap , discuss semua benda dengan my Abah , abah setuju nak hantarkan saya ke Nilai , Negeri Sembilan dengan mengambil bahagian Diploma In Nursing . 5hb 6 2011 akan didaftarkan masuk ke sana . Segala persiapan dilakukan sebelum pergi . Medical check-up , yurannya yang menelan RM 6400 sudah dilangsaikan pada beberapa hari yang lepas . 

Lepas tu , aku memang tak tahu menahu pasal status politeknik belum keluar . Maka 22/05/2011 adalah hari pening sedunia ye kawan - kawan . Aku check aje Politeknik , alhamdullilah aku dapat jugak . Kos yang aku nak kan tuh . Tapi , bila aku call cousin aku tanyakan pasal kos nie , dia cakap kena strong addmath . Perlu mention ke kat sini pasal result addmath aku ? Tak perlu , sangat memalukan kalau diberitahu . So mari pening . Yang menjadi problem sekarang ialah Maa aku sokong aku pegi KPJ , abah aku sokong aku pegi Poli . Okay , aku nak berpihak belah siapa ? Ahaha , sebenarnya it's up to me la kan . Tapi ye lah , aku tak pandai sangat nak memilih nie . Aku tak mahir kerana ia melibatkan masa depan aku .So , aku decide , kita buat solat istikharah dahulu . InshaAllah petunjuk akan datang daripadaNya . Aku memohon Ya Allah supaya engkau memberikan yang terbaik untukku . Amin .

Mari kawan - kawanku sekalian mendoakan aku . Inilah pertama kali aku rasa nak nanges sebab tersempit sangat rasanya . InshaAllah , ini sementara sahaja .Okay , mari lah kita bersurai :)


Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Sabtu, 21 Mei 2011

Hari nie awak dah tinggalkan saya

Assalamualaikum semua ..

Hari ini 21 / 05 / 2011 adalah hari - hari yang ditunggu oleh mahasiswi / siswa untuk kemasukan ke Uitm . Saya salah seorang yang berada di lokasi Uitm Machang pada pagi Sabtu tersebut . Semua orang sudah diberitahukan tentang kemasukan sepupu saya ke Uitm Machang . So malam Sabtu saya telah ke rumah beliau untuk spend time dengan dia . Dan saya bermalam di rumah dia .

Pada keesokan harinya ....

7:00AM : Segala persiapan diri sudah dilengkapi . Kami saling berdiam diri pada pagi itu . Dia cuma bercakap dengan dia apabila dia meminta saya untuk menemaninya bersalaman dengan her grandmother dan mak saudara dia . Saya bersetuju dan kami masing - masing buat muka selamba . Dalam hati aku , Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu . Sesi bersalam - salaman dengan kaum kerabat sudah selesai maka bertolak lah kami ke Uitm Machang .

7:34AM : Kereta akan menuju ke halaman Uitm Machang . Masing - masing berpandangan sesama sendiri dengan senyuman yang menggambarkan kesedihan . Dengan perlahan , kereta yang dipandu oleh Kak Mira memasuki parking berhadapan dengan Kolej Tun Hussien Onn . Kolej tersebut lah yang akan diduduki oleh sepupu saya sepanjang minggu orentasi sahaja . Kami terus menuju ke kaunter untuk mengambil nombor bilik .

8:00AM : Ini lah kamar yang akan kau duduki Shakila . Dengan segala barang yang dibawak disusun ditepi terlebih dahulu . Kami tengok je sekeliling bilik tersebut . No bad la babe . Normal for student la . Lepas aje masuk bilik hantar barang - barang ape semua , kami turun balik untuk makan . Nasi dah dibungkus oleh Cik Mah okay . So mari kita makan . Aku sebenarnya geram tau sebab nie first time aku tak dapat nak snap picture . My mom borrow aku punya phone so memang tangan aku bergedik sangat nak snap gambar cousin aku tadi . Lepas makan , kitaorang naik bilik balik untuk tolong kemaskan barang Kila dalam locker . * Macam tu ke ejaan dia ?

8:45AM : Sesampai aje kat bilik , tengok roomate dia dah kemas barang ke dalam almari dia tu . So kami un follow la dorang . Cadar , selimut , bantal dan selimut di letakkan rapi atas katil . Pakain yang hendak digunakan for orentasi week nie dikeluarkan jugak . Aku tolong sikit aje lepas tu aku baring kat katil dia . Ahaha , sesuka hati aku aje buat macam tu . Saja nak lambatkan masa , kami suruh kila iron baju orentasi dia tu . Tunggu samapai dia siap , baru la kami semua keluar bilik untuk berpisah . Before balik tu , kami tolong carikan bilik kawan dia yang jadi student kat sana jugak .

9:50AM : Okay , time nie yang aku tanakkan sangat . Aku memang tak dapat tahan , aku kalau boleh aku tanak nanges langsung depan dia . Aku ingat aku kuat tapi lembik jugak aku nie . Aku tak rasa pun nak nanges tau . Tapi lepas aku sentuh tangan dia nak salam , automatik mata aku berkaca babe . Cepat - cepat aku salam dan duduk jauh sikit . Tanak bagi dia tahu la . Tapi , tak berjaya . Mom dia peluk dia , mereka sama - sama nanges dua beranak tu . Sumpah aku tak dapat kawal perasaan aku . Aku nanges . Aku tak tahan nak lihat mom dia nanges sampai macam tu sekali . Mom dia mesti la tanak berjauhan dengan dia sebab dia aje yang ada kat rumah selain adik dia yang sorang lagi . Okay , pelukan terakhir dari aku . Aku nanges bagai nak rak dalam pelukan dia . Suara bapak tangisan dah leluar dah . Kilaa , aku tanak pisah dengan kau lah !! Last , dia tolak aku suruh masuk kereta . Okay fine . Aku pergi dah tak pandang belakang dah . Tanak pandang , nanti peluk balik .

10:15AM : Kerete dah gerak keluar dari kampus . Dalam kereta aku berSMS dengan dia . Ahaha , dia marah aku sebab aku nanges depan dia  . Tapi alangkah malangnya , aku nie cepat mabuk dalam perjalanan . So aku tak reply yang last sekali tu . Hadoii , sorry kila . Kau tahu aku macam mana kan . Machang ke , ape ke . Mabuk sentiasa !! Sampai aje rumah dia , aku bom saja atas sofa . Aku tidur sampai la pukul 3 ! Mak ai , tak sedar laa . Pening sangat sampaikan tak sempat nak call abah datang ambek ! Ahaha .. Lepas call abah , aku pergi dapur sumbat makanan dalam perut bersama Abby Ji Hoo !!


This is only for Shakila Muhammad Shukri . Not for others .. TQ


Kilaa , kau ingat tau . Aku akan pergi jauh dari kau . Aku pergi for study . Aku pergi untuk future aku . Kau pergi sana pun untuk future kau . So takpe babe .. Nanti raya kita jumpa balik . Kalau masa tu , kau buat tak kenal aku . Habis satu rumah aku terbalikkan nanti . Kila , aku dah beli beg . Warna fav kita tau . Pink .. Kat phone aku , aku dah letak benda pink yang kau bagi . Aku dah tengok kat phone kau tadi yang sama . Kau masih lagi jadi "husband" aku dalam Facebook . Ape2 pun , aku sayang kau babe ! Kau gila macam aku kan ? So , nanti raya kita "gila" balik okay . :(
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Khamis, 19 Mei 2011

Aku sedih , ade kau kisah ?

Assalamualaikum semua . Sayu rasa hati nak meng-updatekan story malam nie . Sedih , pilu , seram tak de la sangat *Merepek .

Hari nie malam Jumaat . Mesti korang dah tidur lena kan saat nie sebab Kelantan kan menang bola tadi . Tahniah untuk team Kelantan dari saya . Entry pada kali ini masih lagi berkaitan dengan  My lobely cousin . Hari sabtu nie dia dah nak gerak ke Uitm Machang dah . Even place dia study tu dekat , tapi yang akan jauhnya adalah saya . I think tak perlulah saya nak mention kat sini tentang futher study saya . Because I has mention before . Sangat malas untuk mengeluarkan airmata malam nie so kita diam aje k . Okay , back to my cousin . Dia ada cakap kat saya baru - baru nie " Weh , tanak tidur kat rumah aku ? " . Aku diam aje , dalam hati macam nak aje tidur rumah dia malam tu tapi fikirkan Maa aku yang keseorangan malam tu . Abah aku tak ade malam tu , dia off ke KL . Aku pun balas lah balik " Nati2 laa " . Tak silap aku lah !! Ahaha , tak boleh nak recall la apa aku cakap kat dia that day . 

Okay , so aku decide je nak tidur kat rumah dia besok , malam dia nak gerak ke Uitm . Maa aku pun bagi , so aku nak buad tak layan ? Hergh , bukan shera la kalau tak layan . Tepat jam 10:00PM tadi , aku call dia cakap yang aku nak tidur kat rumah dia for one night . Dia hooray sampaikan bernanah telinga aku . Happy ke aku tidur kat rumah kau ? Aku happy jugak sebab dapat spent time dengan kau weh . Dalam fikiran aku sekarang adalah macam mana akan terjadi lepas aje aku hantar dia ke Uitm nanti ? Sunyi ? Opkos laa kan . Entah laa , aku sendiri pun no idea right now . Sebab dia antara cousin yang palingggg aku rapat . Esok adalah hari last lah untuk aku bergurau senda ape semua . Keesokkan harinya aku rasa mood nak bercakap pun dah tak ade . Tak pe , nanti raya aku balik . Tapi raya nanti agak- agak dia kenal aku tak ? Ahaha , stupid question . Ye lah , mana la tahu kan aku balik nanti aku dah gemok macam dia .. Kidding weh , jangan terasa hati . 

Kilaa , aku sedih . Kau tahu kenapa ? Sebab kau dah nak berambus . Nanti aku nak berambus dari sini kau dah tak kesah sebab kau tak ade kat sisi aku that time . Senang la kau kan .. Aku nak tidur , ade kau kesah ? Tak kan , so aku blah sekarang . Bye for my cousin .. Miss you babe nanti :P

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Selasa, 17 Mei 2011

Yeaaay , dah settle .

Assalamualaikum semuanyaa .

Dah makan lunch ? Saya belom lagi nie .
Baru aje balik daro sekolah .
Biasa laa , settlekan perkara yang tak pernah nak selesai .
Dan hari ini , saya dah settlekan semuanya .
Dengan gaya bersemangatnya bangun awal hari nie tau .
Ahaha , bangun mandi makan semua . Tunggu cousin pick up then tepat jam 9:20am kitorang chow !

Lokasi pertama kami adalah Bank Islam untuk melangsaikan yuran Uitm cousin saya , Cik Shakila .
Sampai aje sana tengok orang penuh depan pintu sebab bank tak bukak lagi .
Ahaha , bagusnya . Menepati waktu berkerja . Tepat aje jam 10 : 00 tak silap saya , pak guard bukakkan pintu .Ops , before tu saya nak cerita pasal saya jumpa IBU someone . Hehe , dalam kereta lagi saya dah rasa yang saya macam kenal aje mak cik nie .Masuk bank tu , saya duk depan dia . Mula - mula tu memang tak perasan , lepas tu tiba - tiba rasa nak pusing badan ke arah belakang . Tertengok mak cik tu .

AKU : Errr , Ibu Miera ke ?
IBU : Yee . 
Ngee , cepat - cepat aku salam dia . Ahaha , tak sangka jumpa ibu sebenarnya .
AKU : Wak gapo sini bu ?

Ibu jawab tapi aku tak berapa nak dengar laa . Naseb baek ibu cakap ibu kenal aku lepas aku tanya dia kenal tak ku nie ? Kalau ibu cakap tak kenal macam mana ??
Selesai lah urusan di bank . Ramai giler tahu tak kat bank . Aku kan orang kampung , mana nak rajinkan diri ke sana . Lepas Bank Islam , Tabung Haji then CIMB . Waaa , lokasi kami di bank sahaja . Dalam pukul 11 kitorang chow ke sekolah aku kejap . Nak dapatkan pengesahan cop dari cikgu yang berkenaan  . Nak settle kan hari ni jugak sebab cousin aku kan dah tak akan teman aku lagi dah . Nak dapatkan PK KO punya la susah . Staff opis pulak jenis yang tak tahu berkerja . Ahaha , sorry yer kak . Takdi cousin aku cakap elok - elok tapi kau cakap macam lah kau tu pengetua . Werk kat kau ! Aku dah laa banyak kerja , kau cakap macam aku nie bukan bekas budak sekolah nie . Huh !!

Okay , saje nak lepas geram kat kakak tu sebab dia memang tak tahu berkerja dengan sopan dan baik . Cikgu lain kata okay aje suruh dapatkan cop tu , dia aje yang lebih cakap nak sijil original lah ape lah . Semua jabatan memang berkerja macam tu lah . Nasib baik pakai baju kurung tadi . Kalau pakai seluar lebam mata kau . Okay , lepas tu Cikgu Izani kata dia nak call PK KO dan suruh saya dan cousin tunggu kat bilik dia . So kami berjalan dengan penuh kegeraman terhadap kakak sengal .
Tak sampai 5 minit , PK KO dah tercegat kat depan pintu sambil berkata ...

" Ada tetamu rupanya "

Kitorang senyum dan terus bangun follow dia ke meja . Berlaku lah proses cop mengecop . Sambil - sambil tu bercakap pasal tempat pengajian kitorang dan dia cakap pasal anak dia . Oh , anak dia satu sekolah dengan saya masa sekolah rendah dulu . So , rancak lah jugak perbualan kami . Lepas aje selesai semua tu , aku rasa macam lega gila tau . Akhirnya , selesai jugak benda nie . Lepas nie tak payah susah - susah ke sekolah . Ahaha , bukan apa . Cikgu pun dah boring tengok muka aku pergi sekolah tiap masa .

Jom balik .. Tapi satu benda aje lagi tak settle . Iaitu print maklumat pasal pinjaman nie . Tak pe , yang tu 5 minit aje tadi dah selesai . So , aku berpisah dengan cousin kat tepi jalan dan masing - masing balik jalan kaki . Alah , rumah kat depan tu aje . Ahaha , tu tak kisah sangat Kak Miya tinggalkan kami kat area tu .

Eh , agak - agak dah panjang ke story aku hari nie ? Boleh laa kan .. Aku chow dulu lah dear . Ponat belum lopah lagi nie . Okay , sayang semua ...

 Last , terima kasih kat cikgu Zaimah , Azmah , Noraida dan Ridwan atas nasihat yang sangat berguna . Saya sayang cikgu :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Thanks awak

Assalamualaikum semua ...

Tajuk entry kali ini macam aku tuju kat someone like lelaki kan ?
Tak , sebenarnya aku tujukan khas buad kawan aku tersayang CikWany .
Kalau tak kerana dia , blog aku nie macam sampah tau tak .
Maak air , kasarnya bahasa kau nyah . Sampah betul ke samaph olok - olok ?
Entah laah , no idea nak jawab sebab before this blog aku tak macam blog korang .
So semalam , aku tanya CikWany . CikWany ajar aku dengan penuh kesabaran .
AHAHA , Shera sayang Wany .

Aku punya laa down sangat pasal blog nie .
Ye lah , baru nak merangkak masuk .
Pra gituw lorh .. :)
Okay , setakat ini sahaja sebab jam dah menunjukkan waktu yang sangat lah pagi sekarang .
So aku nak undur diri ..
Esok harus bangun awal untuk ke sekolah .
Ada urusan dengan cikgu kesayangan .
Nite semua .

Shera Sayang Wany !

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Isnin, 16 Mei 2011

Lagi 3 hari sepupu saya dah nak pergi :(

Assalamualaikum semua .

Hari nie hari Selasa . 
Esok Rabu , Khamis , Jumaat Dan Sabtu .
Sabtu hari kemasukkan sepupu saya ke Uitm Machang .
Saya akan bangun awal untuk turut serta ke sana .
SHAKILA MUHAMMAD SHUKRI .
Kau nak tinggal aku eh babe ?
Jahat sangad !
You tinggal I awal sangat .
Apepasal tak tunggu aku pegi dulu ?
Selalu kalau saya nak keluar or ape , saya pegi dengan dia .
Lepas nie , dia dah tak ade dah kat sisi saya .
So saya keluar sorang-sorang aje lah kan ?
Selalu kalau saya nak borak or ape , saya mesej dia .
Nanti dia sampai sana mesti sibuk study .
So saya mesej diri saya je lah kan ?
Selalunya kalau nak tanya ape - ape , saya selalu tanya dia .
Nanti saya dah tak boleh tanya dia lah kan ?
Selalu nya kalau saya nak bergurau , saya selalu dengan dia .
Nanti saya bergurau dengan bantal saya je lah kan ?
Nanti kalau dia pegi sana , saya nanges tak ?
Mesti la nanges .
Di hari pertama dia mesej saya cakap dia akan ke Uitm , saya nanges tau .
Selalunya Jumaat Sabtu , dia akan pick up saya untuk ke Tuisyen kelas .
Nanti dia dah tak akan buad macam tu dah kan ?
Hurm .. Kila . :(

Kila , nanti kau sampai sana kau jangan lupa aku tau . Nanti kau pakaikan benda pink tu kat phone kau . Nnati kau tengok benda tu , kau ingat aku . Aku pun akan ingat kau . Pas tu , kalau kau free , kau mesej . Nanti kalau aku free kat sana , aku mesej kau . Jumpa raya nanti lah kan ? 
*Kalau aku habis prepaid , kau share kat aku okay . Hehe . I LOVE YOU KILA !

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Selamat pagi semua

Assalamualaikum semua sayang saya .
Dah breakfast ? Dah mandi manda ?
Saya belom , baru lepas sumbangkan tenaga kemas rumah .
Anak dara abah dan ma kan . 
Kena rajin sakan . Kan tak lama lagi dah nak tinggalkan rumah :(
Okay , stop talking about my kepergian ke sana okay .
Tanak spoil my mood pepagi nie .

Okay tadi tengah syok sangat tido .
Ops , semalam saya tidur dengan my mom sebab my dad sekarang kat KL so saya laa peneman my mom .
Okay , tengah syok tidur nie .
Adek perempuan saya yang sorang lagi tu selalu aje bangun awal . 
Hari nie kan hari cuti  . Dorang tak bersekolah lah .
Saya dah niat hari nie nak bangun lewat sikit sebab semalam waste time dengan brother Khairul Nizam dekat ruangan Batch PMR  tu .
* Bukan kau selalu bangun lewat kan Shera ?
Adek perempuan kejutkan saya kata nak pegan tangan saya . 
So saya bukak selimut then bagi tangan sebelah kiri . 
Dia peluk tangan saya dah main macam geli - geli tu .
Ahaha , tak pandai laa nak explain about it . 
Family kiraotang memang macam tu . 
Suka pegan tangan kalau nak tidur . Hehe .
Yang menjadi topik nye ialah  ..

Wany : Kak yaa , Hari nie tak ade tuiyen ke ?
Aku : Hah ?? Eh hari nie hari jumaat ke ?
Wany : Tak , selasa .
Aku : Eii dia nie . Kak yaa tisyen hari jumaat laah ! Kacau orang tidur !
*Sambil tu cepat - cepat ambek tangan balik . Ahaha .
Wany : Kak yaa , nak tangan !
Aku : Lain kali jangan gurau ! 

Dah kena kacau macam tu , nak tidur pun tak boleh laa . Do sebab tu awal sangad aku bangun hari nie . Ngeee :)
Selalu awal jugak tapi yang hari nie punya terawal sejam ! Ahaha . 

Selamat pagi semua . Have a great day okay . Muah from Shera <3 

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Ahad, 15 Mei 2011

Alhamdullilah

Assalamualaikum semua sayang saya di sini :)

Sehat  ? Saya sehat disamping kesibukkan .Semua pelajar lepasan SPM mesti tengah sibuk dengan keadaan masing-masing kan ? Ada dah yang settle ke ? Saya ? Belum settle lagi nie . Harus ke sekolah balik untuk mendapatkan pengesahan pengetua . Harus photosthat semua yang patut . Minggu nie , Ahad sampai lah Sabtu , jadual saya penuh tau . Waah , lagak macam artis nampak . Tak lah , memang betul . Jadual penuh sangat . Hari - hari kena keluar rumah ke kedai . Ambik itu , ambik ini . Beli itu , beli ini . Saya rasa persiapan saya tentang yang penting ni dah selesai 75% . Yang selebihnya kita cuba selesaikan dalam minggu nie jugak okay .

Baru lah saya tahu , susah rupanya nak selesaikan perkara nie . Ingat dulu senang je . Sekarang , muka nie dah hitam tau . Kena cahaya matahari yang terik tu . Petang pulak selalu hujan kan sekarang nie . So , nak keluar tu kena pagi - pagi lagi . Esok subuk - subuh lagi dah plan nak keluar . Oh yeaa , tahniah kat cousin saya sebab dapat Uitm yang berdekatan sangat . Area kelantan aje . Senang la dia nanti nak balik ke ape ke . Saya jugak yang jeles :( . Tak pe , nampak aje saya jauh dengan rumah . Tapi abah , abang saya semua ada kat area sana . Ahaha .. suka nya sayaaa .Cuma my mom aje lah yang jauh sangat . Tapi tk pe , if ada cuti saya nak terus balik sini . Tanak bercuti kat kolej tu :)

Okay , setakat ini sahaja la buad masa kini . Babai sayang sheraaaa :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Selasa, 10 Mei 2011

Air mata

Assalamualaikum semua .

Huhu , dah lama rasanya aku tak menjenguk kat halaman nie . Aku sekarang dah makin gemok tau ! Haha , ayat aku selalu ucapkan bila dah lama sangat aku bersemuka dengan something . Aku tak ada mood nak update sebarang story since kebelakangan ini .

Aku kembali kat sini sebenarnya ingin meluahkan sesuatu perkara . Aku sekarang mempunyai masalah yang agak besar sangat . Dah dua kali aku alami perkara macam nie . First dulu , aku normal aje . Aku solve prob aku tu dengan bantuan nasihat daripada someone dan penjelasan yang boleh dipercayai . Hari ini , aku dapat masalah yang sama jugak . Aku nanges aje hari nie . Sampaikan mata aku nie , bengkak macam buah nangka . Siyes , aku tak nak berhadapan dengan masalah nie sebenarnya . Masalah nie terlalu besar dan berat untuk aku hadapi . Tapi aku selalu ingat , Allah itu ada sentiasa dengan aku . Aku juga tahu , aku boleh selesaikan masalah aku nie tak lama lagi . Tapi , aku terlalu lemah sekarang . Aku terlalu tak bermaya untuk menghadapai semua ini . Aku terlalu kecil untuk menghadapi semua ini . Entah , aku tak dapat nak katakan dengan sesuatu perkataan untuk menggambarkan keadaan aku sekarang nie . Aku sedih teramat sangat .

Aku sekarang tak kuat . Tapi aku yakin sangat aku akan kuat untuk menyelesaikan masalah ini pada hari esok . Malam nie , aku nak rest banyak-banyak . Aku tanak pikir masalah nie sekarang . Babai korang , miss you a lot !! LOTS OF LOVE-SHERAZAMRI .
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Rabu, 27 April 2011

Siapakah yang selalu beri kamu semangat .

Saya Nur Shaheera Mohd Zamri ingin membuat pengakuan . Cewah , kata - kata yang suprise ni . Tak der lha , aku saja aje ni . Actully kawan , aku nak tanya korang something . Sape yang menjadi pendorong semangat korang ? Parents , kawan - kawan or who else yang aku tak mention kat sini ?

Aku ada satu kisah . Tapi korang jangan lha nak gelak sangat kat story aku ni . Aku nak share sikit malam ni . Aku ni budak lepasan SPM , then result SPM dah keluar lama dah kan ? So aku nak share sikit lah kisah aku pada hari tu . Aku sedih giler sebab result aku "comel" sanad . HAHA , comel lah sangat . So , orang utama yang aku nak sebutkan dekat sini is about my parents . Maa aku beribu kali call aku nak tanya pasal result . Aku answer je call Maa aku tu . Tanak jawab aku takut Maa aku terasa hati dengan perbuatan sebegitu . Aku jawab then cakap dengan Maa aku slowly . Bila aku nanges , Maa aku automatik akan letak balik call dia . Dalam 5 minit berlalu dia call aku balik . Aku sebenarnya , kalau dah nanges tu memang tak dapat nak kawal langsung . Cakap lah ape pun , satu pun tak masuk dalam kepala otak aku . Kalau dah sedih , sedih jugak minah ni . HEHE . Aku tahu Maa kecewa sebenarnya dengan keputusan aku tapi ye lah anak dah sedih , terpaksa dia ketepikan kesedihan dia . Sedangkan kesedihan Maa ? Siapa nak tanggung ? Then cepat - cepat aku call Maa balik mintak maaf sebab tak dapat berikan yang terbaik kat dia . Maa aku faham , Dia cakap macam mana tau korang . Dia cakap " Tak per , dah setakat tu yang Yaa mampu lakukan , tak per . Maa tak nak marah " . Waa , aku nanges teresak - esak . Maa ape lagi , cepat-cepat letak phone . HAHA ! Sayang Maa .

Pasal abah pulak . Aku kan dapat tawaran ke Nilai , Negeri Sembilan tu . So . aku termenung aje dalam bilik . Aku sebenarnya tak pernah pun berpisah dengan Parents aku . Negeri Sembilan bukannya sebelah rumah aku . Jauh tuu .. So abah lah yang banyak sangat bagi kata-kata semangat kat aku . Dia cakap , every week dia akan singgah kat sana asalkan aku belajar sungguh2 dan tak main2 for this time . So muka aku ape lagi , berseri macam pengantin . Sengeh aje memanjang . So aku buat lah keputusan akan terima sahaja lamaran kolej tu . HEHEHEE :p

Saja nak share . Tak suka ? Ade aku kesah ? Huh .. LOT OF LOVE SHERA ZAMRI
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Isnin, 18 April 2011

Ini satu petanda !

Korang pernah tak mimpi kena kejar something ? Maksud aku macam ular ke , hantu ke or something yang sangat menakutkan ?

Hari tuu saya bangun awal untuk tengok Tanyalah Ustaz kat Tv9 tu . Dan dia cakap , kalau kamu semua ada mengalami mimpi yang sebegitu , maka ianya adalah buatan orang . Errr .. actually up to u all laa nak percaya tidak . Ia lebih kepada buatan orang untuk cinta . If someone tak dapat cinta orang tu , orang tu gunakan bomoh untuk mendapatkan cinta si orang itu . Cinta dari jin namanya tu .

Saya pernah mimpi pasal ular aje . Tak tahu makna disebalik mimpi tu . Ini sahaja yang mahu dikongsikan . As-salam :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Jumaat, 15 April 2011

Tak ada JOZAN , Tak ada pemenang maharajalawak

Ngeeee :) smileee aje ! Baru lepas tengok maharajalawak tau ! Happy sangat sebab JOZAN buat yang terbaik sangat malam ni . Aku pun rasa puas hati sesangat dengan persembahan lawak mereka . 

Dan dikesempatan ini jugak , aku nak suarakan pendapat aku tentang penyikiran R2 tadi . Ape sal R2 keluar ah ? R2 bagi aku best la jugak . Yang peliknya Amir dengan Jihan tak terkeluarkan . Sebenarnya , aku sangkakan yang Amir ataupun Jihan yang terkeluar . Maybe rezeki R2 setakat ini sahaja . 

Jom cakap pasal JOZAN pulak ! Aku tak tahu ape punca yang buat aku jadi minat dengan JOZAN ni . Tapi yang pasti , bukan aku sorang aje yang minat dengan JOZAN  kan ? Beribu , berjuta orang yang minat dengan JOZAN kan ? Aku sokong yang mana minat JOZAN ketat - ketat ! Ahahaha , memang peminat setia JOZAN !

Tadi persembahan JOZAN agak lewat sikit kan  . Dorang yang last buat show . Tapi tak per sebab persembahan yang dorang bagi pun memang kaw punya takdi ! Abah aku gelak sampai tak ingat dunia , aku pulak gelak sampai pegang perut , nenek aku apa lagi ... HAHAHAHAHA ! Macam tu laa gamaknya !

Setakat ni lah , aku minat laa kan .. SEPAH , JAMBU dan JOZAN ! Jozan yang pertama , Jambu yang kedua dan Sepah yang ketiga . Tersusun rapi kan ? Ahaha ... Semoga Jozan akan menjadi juara untuk Maharajalawak . ! LOVE JOHAN , LOVE ZIZAN !

Okay , malam sudah ! Jom tidur bersama saya . Opss , satu lagi ! Selalunya , malam saya layan nustam , tapi tak terlayam malam ni sebab MAHARAJA LAWAK ! LOT OF LOVE - SHERAZAMRI

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Khamis, 14 April 2011

Hurm !

Assalamualaikum semua ..

Adoi ! Problems sungguh sekarang ! Tak pernahnya dibuat aku ni ! Tak der la serius sangat masalahnya ! Saja aku nak perbesarkan dekat sini . :P

Selalunya , bila waktu maghrib tiba , aku akan bergegas ke bilik mandi lah ! Macam biasa ! Tapi sekarang , aku semakin liat nak mandi awal . Entah kenapa lah . Bukan buat apa pun time tu ! Duk tergolek atas katil sambil laya diri ! Dulu taknya macam ni ..

Apa yang boleh ubahkan aku balik semula ke yang dulu erk ? Pukul 10 macam ni baru aku masuk toilet pergi mandi ! Adoi ! Masalah betul ! Bukan apa , mandi lewat-lewat ni tak baik untuk kesihatan diri nyah ! Kau nak penyakit , silakan mandi lewat macam aku . Tapi kalau kadang-kadang buat pun kena jugak kah ? Tu yang musykil sikit tu .

Mengada betul . Tak per , start esok .. Belajar - lajarlah aku mandi awal !

*Ni sebenarnya dah ta ade kerja sangat dah ni , sebab tu lah benda yang macam ni pun aku update kat sini . Kepada yang menyampah , aku tak update untuk ko . So kau blah !
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Hari Meletihkan !!!

Errrrghhhhh ! Waaaaaa letihnyaaa ! Saya seorang yang sangat rajin ! So sebab tu lah saya letih ! *Tak mengapakan saya puji diri sendiri ? 


Semalam nak dekat jam 3pagi baru saya tidur ! Ehehe .. Offline facebook bukan main awal lagi sebab ngantuk ! Tapi lepas aje log out , rasa nak tengok Tv jap ! So layan lah Dairi Akedemi Fantasia jap . Layan Encik Hubby Azri saya :)

Lepas tu ada citer best pulak . Alida .. Tapi citer tu habis nak dekat pukul 3 . Saya layn jugak sebab nampak macam jalan cerita dia best pulak . Lakonan Rita Rudaini dan Fahrin ahmad ! Tanak lah citer sinopsis kat sini . Ahaha ..

Tak sampai jam 3 lagi , mata dah mula ngantuk . So perlahan lahan aku lelapkan mata biarpun aku tahu aku tak off pun lagi Tv . Semalam aku tak tidur dalam bilik , aku tidur depan Tv .. Ehehe .. So adik aku yang sorang lagi bangun then off tv . Pas tu aku bangun then aku cakap "Ape hal tutup , orang tengah tengok neh" . Dia terus pass remote kat aku . Aku tak layan pun tapi aku saja je bukak balik . Aku terus tidur . Terjaga pukul 4 pagi baru aku bangun off tv . Ahaha , giler pompuan ni !

Haa kan dah tidur lewatkan , bangun pun lewat lah ! Aku terjaga jam 8 ! Bagi aku dah lewat sikit lah sebab aku biasanya terjaga jam 7 atau 6.30 pagi . Aku bangun makan-makan , jemur kain jap . Lepas tu , mata memang ngantuk sangat ! Aku sambung tidur balik sampailah jam 12 ! Tak per kan anak dara bangun jam 12 ? Ehehehe ...

Adek-adek nak balik dari sekolah dah ni . Aku prepare makanan kat atas meja then mandi manda ! Nyaman rasanya ! Tapi yang meletihkan sangat adalah aku kemas rumah hari ni . Memang lah aku kemas hari-hari tapi kenapakah hari ini aku rasa lain macam aje ? Letih seletihnya .. Adoii ! Ye lah , nama lagi anak perempuan abah yang rajin kan ? Normal lah tuu :)

Nasihat aku kat kawan-kawan semua , janganlah anda tidur lewat sebegitu nanti tak manis dipandang orang . Habis aku ? Manis sangatlah ? Jarang-jarang tak per yer kawan - kawan . Jangan selalu .. Lot Of Love - SheRa Zamri ..
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Isnin, 11 April 2011

Tok Mek Saya Nanges

Assalamualaikum semua ..


Saya tertarik untuk berceritakan tentang arwah si adik kita yang berumur 7 tahun yang telah meninggal dunia akibat dipukul parah oleh seorang guru . Arwah didakwa mencuri wang sebanyak RM7 . Hanya kerana mencuri RM 7 , balasan hukumannya kanak-kanak itu adalah mati ? Layakkah ? Logikkah ? Saya ada jugak baca paper mengenai arwah . Saya tak berapa nak ingat nama Adik kita tu .

Tadi , ketika saya sedang menonton televisyen Nenek saya atau lebih gemar saya bahasakan dirinya dengan panggilan Tok Mek ada bercakap mengenai arwah . Antara perbualan saya dengan Tok Mek .

*Kami oram kelantam , so terpaksa cakap loghat kelatam , :)

Tok Mek : Yaa , ado tengok brito tadih ?
Saya : Tadok , tok dey sebab maso tu ore duk ralik mandi . Bakpo Mek ?
Tok Mek : Tadi ado tubik pasa budok umo 7 tahun tu . Comei lotei jah muko maso dio tunjuk gamba budok tu . Sie nyo laa .. ( Her voice is getting low )
Saya : Hoo pasa tu . Gapo eh agok - agok hukume ko Cikgu hok $#%^^$ tu ? ( My suara is sama naik dengan perasaan yang tengah panas )
Tok Mek : Tok tahu laa tu . Tak dok duk caro lagi tu , esok nok caro la kalih .
*Senyap , tiada suara . Namun tak sampai 2minit , kedengaran suara Tok Mek menangis . Sambil nanges tu dia cakap ....
Tok Mek : Bakpo la Cikgu tergamok tey budok sapa mati . Gapo laa saloh budok tu ? Besar ko saloh budok tu sapa terpakso laa keno gini moo . Ya Allah , bakpo la sapa jadi gini ?
Saya : Cikgu tu $#$##%$%&^**&(*)
Tok Mek : Bia buleh setimpal laa gapo hok dio buat ko budok tu .

Nenek saya boleh menangis sampai macam tu sekali , macam mana dengan si bapa , si ibu ? Bagaimana perasaan mereka ? Apa yang sepatut mereka lakukan untuk menuntut bela ? Ini hanyala pendapat saya . Saya rasa , pihat yang bertanggungjawab haruslah mengambik satu jalan yang terbaik bagi membela kematian budak yang tidak bersalah itu . Iya , kalau betul budak itu melakukan kesalahan dengan mencuri wang sebanyak RM 7 , adalah tidak patut Guru yang berpendidikan itu mengambik jalan seperti orang yang tiada akal langsung . Sayunya hati bila terkenangkan wajah si mati . Saya sempat tengok dalam paper that day wajah arwah yang sudah pun berbalut dengan kain kafan . Sungguh menyentuh hati saya .

Saya jugak pernah mengalami kematian seperti ini . Saya telah punkehilangan dua orang adik saya . Sorang tidak dapat diselamatkan disebabkan lemas dalam paerut . Yang sorang lagi meninggal selepasa hidup selama 2 hari . Saya tak tahu nak describe macam mana tapi dalam keadaan arwah adik saya yang sempat hidup tu , sangat tidak diduga oleh saya mahupun parents saya . Bayangkan , arwah adik menangis hampir 3 jam , tapi tak ada satu orang nurse pun datang bertanyakan atau mengambil tahu kenapa adik saya menangis . Tugas nurse just untuk masukkan air kedalam badan sahajakah ? Tugas nurse hanya menggayakan uniform sahajakah ? Tak tahu apa yang perlu dilakukan , Maa call abah . Abah , seorang bapa yang panik dengar suara adik yang sudah serak , lantas ke hospital . Tapi , sesampainya abah saya di hospital , jaga yang sangat "segak " menolak abah dari masuk ke dalam . Lantak ko lah apa nak jadi . Abah cakap " Kalu sero perlu panggil polis , panggil ! Saya akan berdepan dengan polis . Jange sampai saya berkasar denga semo ore hok ado sini " . Perggh , salut abah ! Tapi , masa abah saya sampaikan . Adik dah senyap . Tak ada suara . Hanya lelahan dari mulut yang ternganga saja yang dapat didengar . Cakap dengan aku . Sapa tak marah dengan keadaan macam ni ? Cakap ! Adik segera dibawa ke hospital Kubang Kerian . Tapi siapa yang tahu , adik meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital . Ya Allah , malas nak ingat semua ni . Perit yang teramat sangat . Korang tahu , Maa 50/50 kat hospital #$%^&&* , darah naik mendadak . Maa tertekan ! Tapi maa saya seorang yang kuat , dia gagahkan jugak diri dia untuk melihat kali terakhir wajah adik kami . Maa nangis ! Nangis sepanjang hari ! Abah tak cakap dengan sapa - sapa ! Aku ? Ya Allah , sungguh tertekan . Sorry , terlebih cerita laa . Okay sudah ! Tanak cerita . Airmata dah penuh depan lappy ni .

Aku just nak bagi opinion , but tersasar sikit . Sekian sayang semua .. LOT OF LOVE - SHERA ZAMRI
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Ahad, 10 April 2011

Kenapa Nasib Aku Macam Ni ?

Kenapa ? Why ? All of my fav i can't ? Tak ada mood skrg nak buat something . Semalam saya bukak peti ais lepas tu ternampak satu yang menjadi kegemaran saya sejak azali lagi . Sekarang disebabkan termakan benda tu , muka saya ada peneman setia . Encik Hubby Sayang Jerawat .

Yang pasti , jerawat kali ini berkampung di tempat yang sangat buat aku menyampah ! Kat lubang hidung satu , kat dahi satu , kat pipi satu dan kat dagu satu . Banyakkan ?  Gara-gara termakan belacan semalam laa ni :(
Setiap kali mandi , saya akan cuci muka saya dengan satu sabun . Opkos la guna sabun , tak kan berus kot ! After that , semasa saya mencuci muka kesayangan ni , kadang - kadang tu saya TERsentuh dengan kuat kat jerawat tu . Lepas tu , mula mata berkaca-kaca . Bukan nanges tapi automatik mata akan nanges . Bersimpati dengan si jerawat kot . Ada ubat tak untuk penyakit saya ? Kalau ada , sekarang jugak saya nak pergi beli ! Saya tak suka dalam keadaan macam ni . Tak suka sangat . Sekian .. LOT OF LOVE - SHERAZAMRI
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Hari Ni Hari Hujan

Hari ini hari Ahad . Semalam aku layan Facebook sampai pukul 2pagi . Masa tu dah start hujan lebat dah . Semalam aku tidur pun sejuk sesangat . Best tidur dalam hujan ni . Dah set jam 6:30pagi nak bangun . Aku bangun lewat sikit , terbabas sebab semalam tudir lewat giler kan . Dalam jam 7 aku bangun untuk breakfast saja , nak semayang haram bagi aku . Aku cuti :)

So lepas aje adik - adik berangkat ke sekolah , aku sambung tidur balik . Ingatkan hari ni nak kemas bilik yang bersepah ni tapi ngantuk sangat disamping hujan yang menggila kat luar sana tu , rasa malas pulak nak bangun buat semua tu . So aku decide nak tidur sampai aku puas laa . Ahahaha . Aku bangun balik tadi dalam pukul 12pm dah . Alamak , ape ni ! Anak dara mana boleh tidur sampai macam tu sekali . Tapi dah terbabas , tak boleh nak patah balik dah kan ? Pasrah aje laa . Sebaik je bangun , aku bukak langsir dalam bilik ni . Perghhh kat luar sana gelap laa weh . Hujan je hari ni . Tak nampak langsung Encik Matahari . Aku tanak buang masa aku so aku terus basahkan muka then ambik penyapu terus kemas bilik . Segala bantal busuk ku susun ditepi katil , selimut ku lipat rapi dan cadar ku kebas sampai tiada habuk . Ahaha .. Rajin sikit hari ni sebab memang hari Ahad hari aku belasah bilikku . Nyapu sudah , vacuum sudah , lap sudah then mandi aje belom lagik ! Ambik je tower , pergi mandi . Mandi aku bukan macam korang . Masa mandi aku sejam lebih kot . Best woo mandi dalam hujan ni sambik-sambil layan jiwa yang tenang sangat ni .

Lepas mandi , terus on laptop . Segala facebook aku belasah , segala twitter aku join dan segala blog aku baca ! Hujan pulak tak berhenti dari tadi . Baik tidur kan , tapi aku tanak tidur dah sebab tadi dah tidur sampai mengalahkan orang lelaki . Tenang aje duk kat dalam bilik ni sambil layan semua benda ni . Dengan bilik yang lebih kemas dari bilik KHAIRUL NIZAM  tu .Hujan oh hujan , mengapa engkau turun ? Bulan ni bulan banjir ke weh ? Sebab lately aku perhatikan , hujan aje terus . Kalau tak pagi , malam . Kalau tak malam , pagi ! Kalau tak dua pagi malam hujan terus . Hurm .. Nikmat Allah semua itu .

So mari layan hujan dengan gumbiranya ! Nak tidur boleh tak ? Boleh kan ? Okay , jom tidur balik .. LOT OF LOVE - SHERAZAMRI
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Sabtu, 9 April 2011

Dulu Saya Single , Sekarang Tidak !

Konsert pertama adalah cinta pertama saya . Malam ini saya ingin membuat satu pengakuan . Sekarang hati saya sudah diisi oleh seseorang . Ianya adalah Azri , pelajar dari Akademi Fantasia . Ahaha .. Giler ape aku nak buat REAL pengakuan yang aku dalam perhubungan . Sorry , I'm still single ! Waaahh :))

Sekarang demam AF kan ? Mesti dah ada yang menarik perhatian korang tentang AF .Siapa pilihan korang ? Pilihan aku opkos Azri , Afif , Leena , Amir dan Erol . Suara diorang punya la gempak . Semasa konsert tirai berlangsung hari itu , aku tak dapat nak buat pilihan sangat sebab tak focus sangat masa tu .Lagipun masa tu kalau nak diingatkan balik , semuanya sedap .

Hari ni , aku focus betul - betul kat suara dorang . Konsert pertama kan , so kenala bagi kerjasama sikit . Aku sekarang memang dah mula minat dengan Azri ni . Nak buat macam mana la erk ? Dah suka , tak leh nak blah langsung dah ! Afif , dia mempunyai suara serak-serak basah kan ? Cantek dia punya voice tadi . Aku pun suka dan terpaku aje kat dia tadi . Leena pula , aku tak berapa suka sangat kat dia sebab dia terlalu tunjuk dia punya gedik dia laa . Tapi if dia suka cara dia macam tu , kita yang kat luar ni tak boleh nak halang dia . She have her way so we as a peminat must follow rentak dia . Kalau dah minat , gedik macam mana pun tak akan jadi masalah kan ? Adik aku yang pompuan ni minat sangat dengan Leena . Setiap hari layan dalam youtube konsert tirai si Leena ni . Aduuu .. Nak buat macam mana .

Konsert pertama , Laika tersingkir . Aku memang buat donno sebab bukan ape kawan , suara dia memang low sikit bagi aku . Suara dia kasar then memang tak boleh nak gerak kowt . Tapi Laika , aku tengok dia memang dah usaha untuk beri yang terbaik tapi nak buat macam mana dah setakat ini saja perjalanan dia dalam AF . Terima hakikat lah ye kak Laika . Dan pelajar yang lain tu aku tak berapa nak ingat sangat lah sebab sekali aku tak minat aku layan , ehehe .

Kalau lelaki , yang paling ensem AZRI kan ? Yang perempuan NERA . Tapi sayang , Nera suara dia tak sebagus yang lain . Suara dia tak teruk tapi kena repair banyak lagi . So Nera , buat yang terbaik next week . Aku tak boleh nak bercakap buruk sangat tentang Nera ni . Sahabat aku a.k.a abang a.k.a musuh aku ni minat dengan Nera ! Khairul Nizam , if you sakit hati , jangan baca lagi dah :P

Okay , setakat ini saja la coretan aku pada hari ini . So last aku nak cakap  .. AZRI , YOU CAN ! DON;T EVER YOU DARE TO HURT ME , SAYANG ! LOVE YOU AZRI ! Ehehehehe ....
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Jumaat, 8 April 2011

Saya Relax Je :)

Malu jugak sebenarnya . Entry hari ni tak berapa nak sesuai dengan tajuk di atas sana tapi nak buat macam mana , saja nak berlagak macam orang tenang , cool macam nothing happen kan . Ehehe . Okay hari ni bertarikhkan 7/4/2011 , hari Jumaat . Setiap Jumaat dan Sabtu saya akan ke Vision Centre untuk tusyen laa . Saya ambik kelas untuk diri saya . Nak kata sebagai pengulangan tu tak tapi ambik untuk saja - saja ok . Saja nak menuntut ilmu . Tak semestinya lepasan SPM tak boleh ambik sebarang tusyen kan ? Bukan apa , semua orang sekeliling saya ingat saya ambik peperiksaan SPM semula tau . So that's why i want to explain for this . Jelas ? *Bajet cikgu okay XDDD

Yang sebenarnya , Sir aku ni jenis nakal sikit tau , dia lucu ! Setiap kali dia buat lawak , semua orang akan gelak . Aku baru aje masuk kelas ni so aku baru tahu la Sir Azrul Hisham ni seorang pelawak . So masa mula - mula masuk tu Sir Azrul tak buat lawak sangat la so aku pun tak gelak sangat :)

But today , Sir buat lawak tau . Sebenarnya aku ni jenis yang suka gelak kuat tau . Aku nak cakap macam mana ek nak bagi korang faham . Aku ni tak cuba untuk control aku punya gelak tak kira didepan orang ramai . Sebab bagi aku satu aje "AKU NAK GELAK KUAT2 IKUT SUKA HATI AKU , YANG PETING TAK ADE CONTROL2"  . Itu sebab aku gelak sampai tak ingat dunia ! Tadi Sir ada buat lawak then aku gelak . Budak laki gelak kuat laa , so tak heran yang tu . Aku ni yang pompuan gelak kuat , semua orang akan heran la kan ? Tadi aku tergelak kuat sebab lawak Sir sangat lah antarabangsa ! Yang pompuan semua pandang aku . Macam kilat , tangan aku melekap kat mulut ni haa ! Malu lah !  Kawan aku kat sebelah ni dah siku aku , lagi malu aku ! Tapi yang berdekatan aje lah yang perasan dan pandang dekat aku sebab gelak kuat sangat gamaknya !

Macam mana aku nak control gelak ni ah ? Ada ubat ? Kalau ada ubat , aku pegi beli sekarang jugak . Ye laa , malu jugak sebenarnya seorang perempuan "AYU" macam aku ni gelak macam bapak gajah . Tak boleh la berlanjutan kan ? Hurm .. kalau kawan sekolah aku dulu , aku tak kesah sangat . Diorang memang dah tahu aku memang gelak kuat sampai habis terbakar telinga diorang ! Tapi sekarang kawan kelas tusyen aku ni tak sama dengan diorang semua . Diorang tak kenal aku so opkos aku akan ada rasa malu bila orang pandang aku semacam kan ? Lepas ni nak cuba lah gelak slow - slow . Orang cakap , nak pikat hati mak mertua dengan senyuman yang manis , bukan gelak macam bapak gajah . Ahaha .. Actually , niat aku yang sebenar bukan nak ke bab tu tapi untuk diri aku sendiri . Hehehe .

Setakat ini sahaja lah buat hari ini . GELAK GELAK GELAK !

p/s : Abang Khairul Nizam , If u read this , please laa ! Jangan perli aku , Thank You :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Khamis, 7 April 2011

Hum Saath Saath Hain

Yeayyy ! Saya dah tahu apa itu tajuk cerita bollywood yang i syukaaa ! Lama dah saya menantikan filem hindustan itu ditayangkan ! Pernah jugak terfikir nak layan aje dalam youtube tapi saya memang tak boleh nak ingat tajuk Filem tersebut ! Last - last , semalam saya duduk depan tv then tekan channel Zee ! Sekali tengok tu memang rasa nak tukar channel lain sebab nampak macam cerita lama sangat kan , DAN masa tu saya memang tak tahu yang sedang saya tonton tu filem yang saya nantikan . Memang tak ingat laa sebab saya tengok filem tu pun around umur saya 7 tahun ! Tapi saya still ingat lagi sebab lagu dia yang satu tu . Best sangat !

Balik ke asal permulaan cerita . Tangan dah ready nak pegang remote nak tukar channel tapi tup-tup Salman Khan keluar ! Perghhhh terpegun jap then Sonali keluar ! Saya rasa macam teringatkan sesuatu . Then baru ingat tentang filem tu ! Punya laa lama sangat tunggu cite tu ! So layan sampai keluar airmata . Dulu tak boleh nak feel sangat sebab ye lah masa darjah satu fikiran saya rasanya lebih kepada lagu aje ! Tapi sekarang kan dah besar , so segala bapak feel aku boleh buat ! Best woo jalan cerita dia !

Mengisahkan tentang abang sulung yang diberikan kerpecayaan untuk mewarisi pangkat ayahnya ! Abang sulung dilantik sebagai pengarah syarikat setelah berkahwin . Tetapi disebabkan hasutan para wanita penjahat yang dikenali sebagai mak saudara telah menghasut ibu kepada abang sulung itu supaya membantah keputusan perlantikan itu ! So abang sulung terpaksa berundur dan dia memang tak ada niat langsung nak kan pangkat tersebut . Dia cuma mahukan kebahagian adik - beradiknya ! Waaa dapat feel masa nii , sedih giler ! Then adik - adik follow rentak abang . Nice bukan ? Sehinggakan suati hari , Ibu telah sedar dari kesilapan . Maka bahagia mula tercipta buat keluarga itu sekali lagi . Perghhhh !

Dibintangi oleh : Karisma Kapoor , Salman Khan , Saif Ali Khan , Tabu dan Sonali .

Sekian sahaja luahan saya . Saya senang aje . Kalau dah tahu tajuk tu memang suka . Kalau tak boleh layan kat tv , kat youtube boleh layan apaa ! Yehaa ! Maya Yashodaaa , LALALALA :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !