As- salam ,
Tahun ni adalah tahun yang sangat mencabar untuk saya . Saya berpuasa tanpa ibu bapa saya disisi . Selalunya saya dikejutkan sahur oleh kedua ibubapa saya , tapi tidak ade lagi semua tu . Tipu je , even puasa jauh , maa still kejutkan aku melalui phone . Hehee :)
Malam puasa Pertama .
- Semua kalut bincang ape nak makan time sahur . Dapur kering kot weh . Roti ade tak silap aku , nasi je tade . Lepas tu , salah sorang kawan aku ( housemate ) cakap yang ayah die nak ajak die keluar makan , so kitorang kirim la nasi dan lauk untuk sahur . Kalau kat Kelantan , aku begitu excited bila puasa tiba . Tapi sejak aku duk sini , rasa excited tu dah takde , malah aku dah tak pandai nak excited lagi dah . Terlebih over lah pulak minah neh XD
Betul weh , aku rasa macam bukan bulan Ramadhan kat sini .Bunyi mercun pun takde . Kalau kat kampung aku , HARAM kalau tak bunyi mercun tuh . Meriah gile kot kat sane . That's why aku rasa macam nak nanges bile ingat time kat kampung . Berbeza tersangat . Terawih pun aku miss sebab bas datang awal , aku kalau nak bersiap buka nye sekejap . Nak nye lagi lepas berbuka , badan macam berat gila nak bangun .
Sahur
- Maka dengan itu , tepat jam 4 aku bagun lah untuk bersahur . Hanya 4 orang yang bangun diantara kami berenam sebab lagi dua orang begitu liat nak bangun . Hahaa . Aku malas nak mention nama kat sini sebab dorang masing - masing ada blog XD . Aku makan dengan malas , tangan macam nak tak nak je suap kat mulut ni . Last sekali , makan tak habis , terus sambung tidur . Before aku masuk , pegi toilet dulu . Lepaskan airmata yang menggatal nak keluar tu ;p
Before tidur jugak , aku mesej dengan abah . Abah macam paham je aku punya keadaan . Ape aku cakap , die layan je . Aku mesej abah dengan berbunyi seperti ini ..
Yaa : Abah , sahur makan ape ?
Abah : Ala kadar je
Yaa : Tak best puasa kat sini .. Nak balek ..
Abah : Nanti anak ' tino ' balek , maa masak sedap- sedap .
Aku terus tak reply . Lagi aku reply , lagi kuat airmata aku . Pastu , maa call . Suara maa laen ko weh . Aku mengadu nak makan ayam tunis ma tuh . Maa cakap " Takpe , sempat lagi . Nanti balik , maa buadkan " . Aku tahan je lah perasaan ni . Sahur pun daa tak boleh blah , ape lagi nanti berbuka kann .
Berbuka Puasa
- Hambek ko . Nasi masak sendiri , lauk beli kat bazaar ramadhan . Mak ai , makanan mahal macam $%^$# . Habis duit nyah weh XD . Tape , first day puasa . Hahaa .Memang berbeza lah kan berbuka puasa dengan family dan kawan . Kawan lain , family lain . Tak banyak sangat aktiviti yang aku buad untuk "pes day " puasa ni . Letih la sangat kann . Lepas je berbuka , terus solat maghrib . Pelik gila rasa sebab perut penuh . Yang aku paling pelik , aku puasa hari tu macam aku buat banyak aktiviti . Padahal tak . Lepas selesai je solat Ishak , aku terus tertidur atas sejadah . Bukan aku sorang , rumate aku pun turut ikut serta . Lepas aku rasa sakit badan ape semua , baru lah aku bangun tidur atas katil . Tak boleh nak bukak langsung mata ni . Phone bunyi pun aku buad tak layan kecuali bila my mom call aku jawab lah . Jawab pun macam tak jawab . Kesian maa , call nak cakap dengan aku tapi aku cakap macam tanak layan . Aku rasa macam aku makan ubat tidur pulakk .Maybe sebab jalan - jalan kat bazaar kot . Tapi jalan je , asal letih sampai macam tu sekali .
Okay , macam- macam rasa aku rasa kat sini untuk SATU hari berpuasa . Sedih siot tak dapat puasa kat rumah :(
Takpe , lagi 20 hari yaa . Nanti merase laah ko bunyi mercun kat rumah and AYAM TUMIS maa :)
P/S : Next week , mak saudara aku balik dari Makkah . Hope dapat sambut die kat KLIA sebab dekat je aku dengan Klia tuh . Hoho ..
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !