Selasa, 8 November 2011

Posting Adalah Sesuatu Yang Menarik

As - salam . Ohh sudah lama rasanya aku menyepi . Berhabuk sudah blog saya :)

Btw , sesi posting saya sudah pun tamat pada 5hb lalu dan kini saya sedang bersedih kerana sekali lagi terpaksa lah aku berjauhan dengan parents aku :'( Sebulan nyah aku duk kat sini and every week aku balik so sape yang tak rasa goyah nyah bila nak pergi jauh balik . Kalau Nilai tu bersebelahan dengan rumah aku , takde lah aku kesah sangad . Ok , stop . Don't want to talk more about my Nilai tu . Benci tergila tersangat .

Posting aku kat sini menarik . Semuanya okay but ade yang tak berapa nak okay bila aku punya cross sikit je . Sedih jugakk actually but nothing i can do because my patient memang takk ramai kat KPJ perdana ni . Boleh dikira dengan jari sahaja . So , aku dapat transfer sikit sahaja aku punya cross tu . Takpe laa , nanti kita cover bila aku balik sini lagi pada tahun hadapan bulan 1 okay ? Deal ? Kann bagus kalau selalu sedapkan hati sendiri ni . Takde nak kalut sangat , pening kepala pikirkan perkara yang boleh diselesaikan . Mengenai staff nurse and sisters aku , semuanya okay . Dorang memang sporting habis then aku pun dapat berkerja dengan baik . Cuma sesetengah sahaja lah yang " kureng " nyah . Tak nak sebut sapesape , yang pasti ada lah sesetengah tu yang " garang " . Hehehee .

Actually aku memang lah mempunyai banyak gambar . Ye laa , hobby suka bergambar kann . Tapi internet tidak memberi keizinan buat masa sekarang untuk aku meng - upload gambar disini . Maybe di lain hari :) Okay , sekarang aku nak berstory pasal kawan . Aku mempunyai 6 sahabat yang rapat ketika aku disini . Cehh . . Mereka adalah Ahmad Baihaqi , Muhammad Aiman , Irfanie , Shaheda dan Izzzaty . Hehe . . Mana - mana kitorang pergi , mesti ber - enam . Kitorang selalu lepak kat kedai bila habis shift masing - masing . Aku pun takk tahu macam mana aku boleh rapat dengan dorang semua . Kalau yang pompuan nie , maybe sebab kitorang sebilik then dorang memang baik sangat  . Aku suka sangat bila dapat kawan yang baik macam ni . Masing - masing pandai jaga hati masing - masing . Since aku duduk dengan dorang , hati aku  terjaga kott . Hahaha . And dengan Ki and Aiman pulak , aku rapat bila kitorang digabungkan dalam satu ward  . For first week tu , aku kerja dengan Ki , for third week , aku dengan Aiman . Masing - masing ada karenah yang selalu buat aku gelak sampai tak ingat dunia . Bila lepak , kalau aku tak gelak , memang takk sah . Sebab dorang nie sangat lha enjoy orang nya . Even benda yang kecil pun , dorang akan bantai gelak dan gelak . Satu yang aku suka tentang dorang is dorang nie suka tolong menolong . Kitorang dah takk malu sesame sendiri . Cakap pun straight away je , dah takk malu . Tang malu tuu bagi kitorang tolak ketepi :)

Then aku tengah pikir sekarang , bila kitorang sampai Nilai nanti , agak - agak kitorang akan rapat macam nie takk ? Yang aku dapat ramalkan ialah kitorang tak akan rapat macam nie sebab kat sana kitorang buat geng lain pulakk . Hahaha  . . tapi takde lah sampai tak bertegur . Still akan bertegur , tapi tak serapat macam nie . Hehehe . Nak tengok gambar kitorang takk ?

 Kami berempat kat Jom Heboh . Masing - masing shift pagi , petang tu kitorang melepak sehabis mungkin :)

Kitorang dekat Pantai . Pcb that time . . Release tension sesudah habis exam di hospital ( running assesment )


Nie dengan Aiman . Dengan Aiman takk banyak sangat gambar , maybe dia takk minat bergambar kott XD

Aku rasa macam banyak je moment indah aku dengan dorang . Ye lahh nak buad macam mana kann , if shift malam je mesti kuar lepak kat kedai . Pegi makan and borak sampai lebam . Tapi sampai umah sharp before 10pm laah . Kang terlewat sampai kann , kena nanti dengan sisters . Aku akan rindukan korang even kat Nilai nanti kite tak kann rapat tapi korang tetap ade dalam hati aku . Aku jenis yang susah nak lupakan kenangan yang indah , yang mana aku rasa tak berapa nak indah tu lah yang senang aku lupakan . Hihihi . 

Okay laa , aku rasa aku dah created kan moment aku kat sini so aku rasa macam dah nak habis je cite nie . Aku pun dah tak tahu nak cerita ape lagi sebab memang banyak sangat kenangan aku kat KPJ Perdana nie . Yang manis je banyak , yang pahit aku dah lupa so tak boleh nak cerita kat sini . Hahaha :) Senang kann bila senang nak lupakan perkara yang menyakitkan hati ni . Aku cakap macam nie sebab aku ada benda yang aku sakit hati sangat tapi satu benda je . Perkara tu takde la besar sangat tapi sepatah perkataan dari seseorang tu aku akan ingat sampai mati . Okay laa sayang , aku put dulu . Cite dah habis . . Aku cerita kat sini bukan nak menunjuk or ape tapi aku ceritakan untuk aku mengimbas balik kenangan ini bila aku ada masa nanti dan aku yakin bila aku baca balik entry aku yang ni aku akan ingat satu persatu perkara yang aku lakukan dengan 5 orang sahabat aku ni :) Thanks . . As - Salam .

Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !