Assalamualaikum semua ..
Saya tertarik untuk berceritakan tentang arwah si adik kita yang berumur 7 tahun yang telah meninggal dunia akibat dipukul parah oleh seorang guru . Arwah didakwa mencuri wang sebanyak RM7 . Hanya kerana mencuri RM 7 , balasan hukumannya kanak-kanak itu adalah mati ? Layakkah ? Logikkah ? Saya ada jugak baca paper mengenai arwah . Saya tak berapa nak ingat nama Adik kita tu .
Tadi , ketika saya sedang menonton televisyen Nenek saya atau lebih gemar saya bahasakan dirinya dengan panggilan Tok Mek ada bercakap mengenai arwah . Antara perbualan saya dengan Tok Mek .
*Kami oram kelantam , so terpaksa cakap loghat kelatam , :)
Tok Mek : Yaa , ado tengok brito tadih ?
Saya : Tadok , tok dey sebab maso tu ore duk ralik mandi . Bakpo Mek ?
Tok Mek : Tadi ado tubik pasa budok umo 7 tahun tu . Comei lotei jah muko maso dio tunjuk gamba budok tu . Sie nyo laa .. ( Her voice is getting low )
Saya : Hoo pasa tu . Gapo eh agok - agok hukume ko Cikgu hok $#%^^$ tu ? ( My suara is sama naik dengan perasaan yang tengah panas )
Tok Mek : Tok tahu laa tu . Tak dok duk caro lagi tu , esok nok caro la kalih .
*Senyap , tiada suara . Namun tak sampai 2minit , kedengaran suara Tok Mek menangis . Sambil nanges tu dia cakap ....
Tok Mek : Bakpo la Cikgu tergamok tey budok sapa mati . Gapo laa saloh budok tu ? Besar ko saloh budok tu sapa terpakso laa keno gini moo . Ya Allah , bakpo la sapa jadi gini ?
Saya : Cikgu tu $#$##%$%&^**&(*)
Tok Mek : Bia buleh setimpal laa gapo hok dio buat ko budok tu .
Nenek saya boleh menangis sampai macam tu sekali , macam mana dengan si bapa , si ibu ? Bagaimana perasaan mereka ? Apa yang sepatut mereka lakukan untuk menuntut bela ? Ini hanyala pendapat saya . Saya rasa , pihat yang bertanggungjawab haruslah mengambik satu jalan yang terbaik bagi membela kematian budak yang tidak bersalah itu . Iya , kalau betul budak itu melakukan kesalahan dengan mencuri wang sebanyak RM 7 , adalah tidak patut Guru yang berpendidikan itu mengambik jalan seperti orang yang tiada akal langsung . Sayunya hati bila terkenangkan wajah si mati . Saya sempat tengok dalam paper that day wajah arwah yang sudah pun berbalut dengan kain kafan . Sungguh menyentuh hati saya .
Saya jugak pernah mengalami kematian seperti ini . Saya telah punkehilangan dua orang adik saya . Sorang tidak dapat diselamatkan disebabkan lemas dalam paerut . Yang sorang lagi meninggal selepasa hidup selama 2 hari . Saya tak tahu nak describe macam mana tapi dalam keadaan arwah adik saya yang sempat hidup tu , sangat tidak diduga oleh saya mahupun parents saya . Bayangkan , arwah adik menangis hampir 3 jam , tapi tak ada satu orang nurse pun datang bertanyakan atau mengambil tahu kenapa adik saya menangis . Tugas nurse just untuk masukkan air kedalam badan sahajakah ? Tugas nurse hanya menggayakan uniform sahajakah ? Tak tahu apa yang perlu dilakukan , Maa call abah . Abah , seorang bapa yang panik dengar suara adik yang sudah serak , lantas ke hospital . Tapi , sesampainya abah saya di hospital , jaga yang sangat "segak " menolak abah dari masuk ke dalam . Lantak ko lah apa nak jadi . Abah cakap " Kalu sero perlu panggil polis , panggil ! Saya akan berdepan dengan polis . Jange sampai saya berkasar denga semo ore hok ado sini " . Perggh , salut abah ! Tapi , masa abah saya sampaikan . Adik dah senyap . Tak ada suara . Hanya lelahan dari mulut yang ternganga saja yang dapat didengar . Cakap dengan aku . Sapa tak marah dengan keadaan macam ni ? Cakap ! Adik segera dibawa ke hospital Kubang Kerian . Tapi siapa yang tahu , adik meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital . Ya Allah , malas nak ingat semua ni . Perit yang teramat sangat . Korang tahu , Maa 50/50 kat hospital #$%^&&* , darah naik mendadak . Maa tertekan ! Tapi maa saya seorang yang kuat , dia gagahkan jugak diri dia untuk melihat kali terakhir wajah adik kami . Maa nangis ! Nangis sepanjang hari ! Abah tak cakap dengan sapa - sapa ! Aku ? Ya Allah , sungguh tertekan . Sorry , terlebih cerita laa . Okay sudah ! Tanak cerita . Airmata dah penuh depan lappy ni .
Aku just nak bagi opinion , but tersasar sikit . Sekian sayang semua .. LOT OF LOVE - SHERA ZAMRI
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !