Assalamualaikum semuanyaa .
Dah makan lunch ? Saya belom lagi nie .
Baru aje balik daro sekolah .
Biasa laa , settlekan perkara yang tak pernah nak selesai .
Dan hari ini , saya dah settlekan semuanya .
Dengan gaya bersemangatnya bangun awal hari nie tau .
Ahaha , bangun mandi makan semua . Tunggu cousin pick up then tepat jam 9:20am kitorang chow !
Lokasi pertama kami adalah Bank Islam untuk melangsaikan yuran Uitm cousin saya , Cik Shakila .
Sampai aje sana tengok orang penuh depan pintu sebab bank tak bukak lagi .
Ahaha , bagusnya . Menepati waktu berkerja . Tepat aje jam 10 : 00 tak silap saya , pak guard bukakkan pintu .Ops , before tu saya nak cerita pasal saya jumpa IBU someone . Hehe , dalam kereta lagi saya dah rasa yang saya macam kenal aje mak cik nie .Masuk bank tu , saya duk depan dia . Mula - mula tu memang tak perasan , lepas tu tiba - tiba rasa nak pusing badan ke arah belakang . Tertengok mak cik tu .
AKU : Errr , Ibu Miera ke ?
IBU : Yee .
Ngee , cepat - cepat aku salam dia . Ahaha , tak sangka jumpa ibu sebenarnya .
AKU : Wak gapo sini bu ?
Ibu jawab tapi aku tak berapa nak dengar laa . Naseb baek ibu cakap ibu kenal aku lepas aku tanya dia kenal tak ku nie ? Kalau ibu cakap tak kenal macam mana ??
Selesai lah urusan di bank . Ramai giler tahu tak kat bank . Aku kan orang kampung , mana nak rajinkan diri ke sana . Lepas Bank Islam , Tabung Haji then CIMB . Waaa , lokasi kami di bank sahaja . Dalam pukul 11 kitorang chow ke sekolah aku kejap . Nak dapatkan pengesahan cop dari cikgu yang berkenaan . Nak settle kan hari ni jugak sebab cousin aku kan dah tak akan teman aku lagi dah . Nak dapatkan PK KO punya la susah . Staff opis pulak jenis yang tak tahu berkerja . Ahaha , sorry yer kak . Takdi cousin aku cakap elok - elok tapi kau cakap macam lah kau tu pengetua . Werk kat kau ! Aku dah laa banyak kerja , kau cakap macam aku nie bukan bekas budak sekolah nie . Huh !!
Okay , saje nak lepas geram kat kakak tu sebab dia memang
tak tahu berkerja dengan sopan dan baik . Cikgu lain kata okay aje suruh dapatkan cop tu , dia aje yang lebih cakap nak sijil original lah ape lah . Semua jabatan memang berkerja macam tu lah . Nasib baik pakai baju kurung tadi . Kalau pakai seluar lebam mata kau . Okay , lepas tu Cikgu Izani kata dia nak call PK KO dan suruh saya dan cousin tunggu kat bilik dia . So kami berjalan dengan penuh kegeraman terhadap
kakak sengal .
Tak sampai 5 minit , PK KO dah tercegat kat depan pintu sambil berkata ...
" Ada tetamu rupanya "
Kitorang senyum dan terus bangun follow dia ke meja . Berlaku lah proses cop mengecop . Sambil - sambil tu bercakap pasal tempat pengajian kitorang dan dia cakap pasal anak dia . Oh , anak dia satu sekolah dengan saya masa sekolah rendah dulu . So , rancak lah jugak perbualan kami . Lepas aje selesai semua tu , aku rasa macam lega gila tau . Akhirnya , selesai jugak benda nie . Lepas nie tak payah susah - susah ke sekolah . Ahaha , bukan apa . Cikgu pun dah boring tengok muka aku pergi sekolah tiap masa .
Jom balik .. Tapi satu benda aje lagi tak settle . Iaitu print maklumat pasal pinjaman nie . Tak pe , yang tu 5 minit aje tadi dah selesai . So , aku berpisah dengan cousin kat tepi jalan dan masing - masing balik jalan kaki . Alah , rumah kat depan tu aje . Ahaha , tu tak kisah sangat Kak Miya tinggalkan kami kat area tu .
Eh , agak - agak dah panjang ke story aku hari nie ? Boleh laa kan .. Aku chow dulu lah dear . Ponat belum lopah lagi nie . Okay , sayang semua ...
Last , terima kasih kat cikgu Zaimah , Azmah , Noraida dan Ridwan atas nasihat yang sangat berguna . Saya sayang cikgu :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !