Sabtu, 22 Oktober 2011

N . O . T . H . I. N . G

Assalamualaikum sayang :)

Hurm di pagi yang mendung ini , sungguh berat rasanya hati nak kembali ke hostel :( Tuu laa , susah kann kalau dah balik mesti tak nakk pegi lagi dah . Even my hostel sangat lha dekat dengan rumah , itu tidak bermakna saya akan rasa lebih dekat dengan parent saya . Semuanya sama je , dekat jauh saya tetap rindu mereka . Siapa lah saya untuk tidak merasai semua ni :(

Every week saya balik rumah dan everyweek jugak hati rasa sedih . Lagi dua minggu saya posting dekat KPJ PERDANA SPECIALIST HOSPITAL dan lagi 3 minggu jugak lah saya akan balik ke Nilai , Negeri Sembilan . Sekarang , kepala saya sedang di isi dengan perkara itu " Macam mana nak berjauhan dengan family for second time " . Saya tak rela nak pergi , berat sangat ni ha hati . Tengok jela yang cuti one week for aidilfitri , menangis macam budak kecik dalam kereta ! I swear , that time I nanges macam i dah tak kan balik Kelantan lagi dah . Padahal masa tu , pergi untuk 3 minggu je . See , aku memang tak boleh nak hidup jauh dengan parents aku :(

Kalau terpikirkan hal ni kat hostel kann , mesti air mata jernih ni galak je keluar . Sial betul laa , tak nak la benda macam ni terjadi kan . Malu dengan roomate tu . Entah laa , buat masa sekarang relax je laa . Tak mo pikir lebih - lebih .

Hari ni hari ahad and as usual la aku shift petang . Kejap lagi , dalam pukul 11 bantai mandi dalam jamban la . Nak pergi hostel balik . Sekarang , Tanah Merah di landa kemiskinan air . Entah batang paip mana entah yang pecah . Buat hal betul laa . Aku balik letih - letih dari hostel nak basuh baju , tup tup pagi smalam dah tak ade air . So , terpaksa la hangkut semua baju and diri sendiri ke rumah mak mentua abang kedua aku tu . Pergi laa menumpang kejap rumah dorang . Unfortunately , unirform aku tak keringg jugak ! Hangin betul laa . Tapi tak pe laa , what can i do kan . Relax , cool and just iron macam tu lha . Basah - basah lembap je pun , bukan basah kuyup pun . * Over je minah ni .

Okay laa , nak cau . Story mory aku nie memang macam ni , tak kene tajuk :) Haha , biasa laa mengisi masa lapang dengan mengupdate story . Ape gune ade blog kann :) Bye , take care .
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Khamis, 6 Oktober 2011

We fresh

As salam semuaa :)

Huh , hari nie day off untuk student nurse . Naseb baek , dapat aku rest hari ni . Posting ? Okay kot setakat ni sebab aku masih lagi belum masuk ke mana-mana ward . Aku just duduk dalam sisters room saja . By next week , baru laa diveded kepada ward dan aku dapat bertugas di ward kanak kanak . I'm so happy , aku sukakan budakbudak ni . Cuak jugak untuk minggu depan ni , sebab ye lah . Sister memang lah baik kat sana tapi kalau boleh aku tak nak sebarang kesalahan atau step yang aku lupa masa perform mana - mana procedure . Kalau blood pressure , aku rasa okay kot tapi kalau yang position tu aku rasa macam nak sembunyi kat ladies je .

Actually , aku lebih sukakan keadaan di cilinical area kot berbanding dengan college . Tapi satu je aku tak tahan kat sini . Malas pulak nak mention ape yang aku tak tahan sebab biarlah rahsia . Just orang tertentu je yang tahu ape yang aku tak sukakan sangat tu . Hospital aku tak sibuk sangat so susah nak dapat tugas laa kot tapi yang tak sibuk tu lah student nak biasa nya kann ? Tapi disebabkan buku contact hours tu rasa macam lebih elok jika aku dapat hospital yang sibuk lagi busy . Hihi

Oh btw , sepanjang one week aku kat hospital , aku selalu lepak kat bilik nenek aku bila lunch . Nenek aku ke ? Err , adiknya nenek aku . Hihi . . Dia admit ke hospital by monday last week then aku pun register masuk last week so selalu lah lepak dalam bilik dia . Single room , so senang aku nak nyorok ! Ahaha :)

Tak silap aku , dia masuk sebab mini strok tapi sekarang dah okay . Tangan , kaki bagai dah boleh move dah . Dah normal dah , kalau sebelum ni tangan dan kaki dia tak boleh nak angkat pun . Kesian dia . . Tapi sekarang , alhamdulillah semua dah okay .

Okay then , aku chau dulu . If ade story lagi , aku updated :)
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !