Khamis, 7 April 2011

Xpax VS Upax

CELCOM ! 

Panas satu badan hari ni ! Aku memang pengguna setia Celcom . Dulu pernah guna Maxis , Digi dan satu lagi aku tak ingat namenye :)

Hari ni , aku ke kedai Celcom ni dengan niat nak beli nombor Upax baru laa sebab aku rimas dengan nombor celcom aku yang sekarang ni . Setiap kali topup , mesti kebas RM4 ! Bankrup aku ! Tapi tu sebab pertama . Sebab kedua yang menyebabkan aku nak tukar nombor ni sebab ada pengacau ! Ada laa sorang mamat ni selalu sms aku . Ayat jiwang bagi aku , bagi korang aku tak tahu !

Balik kepada cerita . Aku tanya Uncle tu  " Uncle , nak buat nom upax kat sini boleh x ?" . Uncle cakap " Boleh tapi u kena check your ic dulu . Uncle takut nanti orang dah guna" . Okay , aku bagi dia "Kad Budak" aku tuu . Muka aku masa tu tenang gila sebab aku memang sure tak ada orang guna ! Then , Uncle cakap " Sorry , your ic dah digunakan oleh seseorang ". Okay , segala tenang , relax tak leh blah lagi dah ! Pantas aku balas "Aik , seingat saya , saya tak pernah bagi orang guna ic saya uncle ! . Macam mana lak tuu " . Uncle muka selamba " Maybe dorang tahu your ic" . Aku hentak kaki jugak masa tu ! Aku baru niat nak pakai Upax tau ! Uhhhh ! Nak marahnya masa tu, Tuhan aje yang tahu ! Aku bengang sesangat ! Sape yang berani guna ic aku neh ? Ada mintak permission aku dulu ? Ni yang tak tahan sangat ni . Tak halal sape guna tuu !

Lepas tu , aku decide nak beli yang biasa - biasa aje laah ! Before that , dengan marah - marah ni sempat tanya lagi . "Uncle , tak bole block ke orang yang guna nombor ic saya tu . Dia guna atas nama saya kan , so saya boleh block kan Uncle ?". Uncle cakap tak boleh  ! Masa tu aku pelik jugak laa . Sebab apa aku tak boleh nak block sedangkan blah blah blah ! Pikir sendiri lah ! So aku beli yang biasa aje , tak de U punya ! Cantek jugak nombor yang aku pilih tu ! Ehehe ! Senang nak ingat bagi yang lahir sama tahun dengan aku laa :)

Lepas aje siap proses pembelian nombor tu , aku terus tukar sim card ! Sim card yang lama aku letak dalam handphone BURUK , sim card yang baru dalam phone yang aku sayang buat masa sekarang laa ! Then aku sent mesej kat rakan - rakan la . PEMBERITAHUAN : INI NOM BARU SHERA ZAMRI ! MEKASEH ! . Kebanyakan yang balas mesej aku tuu , sangka aku beli yang Upax tau ! Aku pun terangkan dekat diorang kenapa aku beli yang biasa ni .Dio advise aku , pergi kat pejabat Celcom then cakap nak block nombor yang guna ic aku tu then buat upax number kat aku ! Aku teringat kat Uncle tu . Ape sal Uncle tu cakap tadi TAK BOLEH BLOCK ? Sedangkan kebanyakan kawan aku semua suruh aku buat benda yang sama ! Uncle tu tipu aku ke ? Errrrrrhhhhhh !

Rugi sangat laa kan ! Tu laa , melulu tak tentu pasal ! Tapi sayang laa pulak nak buang macam tu aje nombor ni sebab nombor ni cute laa . Comel and senang nak ingat ! Abah aku tadi pun ada hadiahkan "Kerepek" sebab tukar nombor tanpa pengetahuan dia . Dia cakap nombor ni tak cantek ! Werkk ! Cantek bagi yang lahir tahun 1993 Okay ! :)

BTW , today is my best fren bornday tau ! Happy bornday SYARIFAH  SURIANI SYED HASSAN ! Lepas beli aje nombor tadi , dia laa orang pertama yang saya mesej . Wish bornday ! Ahaha ! Saya lewat wish tadi , dia merajuk ! Sayang kamoo sangat yunk !

P/S : Su , Aku beli nombor baru di hari lahir mu kan ? Smile laa okay  :) Ahahaha . Lov u so much !
Shera Zamri Sayang Kamu Semua . Lots Of Love Yawww !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan